Mari Berniaga Bersama...

http://www.JIABiz.com/pandak

Video Klip sana-sini tentang skot...

Loading...

Tuesday, April 27, 2010

Gerbang Neraka Di Uzbekistan





Dalam sebuah hadith, bahawa Baginda Nabi s.a.w bersabda:

"Malaikat Jibril telah datang kepada saya. Maka saya berkata kepadanya: " Ya Jibril, beritahulah saya ciri-ciri neraka Jahannam!" Maka dia berkata: "Sesungguhnya Allah swt telah menciptakan neraka dan menyalakan apinya selama 1000 tahun sampai berwarna merah, lalu menyalakan pula selama 1000 tahun sampai berwarna putih, lalu menyalakan pula selama 1000 tahun sampai berwarna hitam ibarat malam yang gelap, nyalanya tidak pernah terhenti dan baranya tidak pernah padam."..

KA : Masya Allah..Bayangkan manusia yang melawan Allah dan Rasul akan direndam
dalam api..

Oleh : Karat Ijau pada 9:18 AM 0 komen Capaian artikel

Wednesday, April 14, 2010

Gambar-Gambar Lama..

Salam skot semua..
saya sebagai pengendali blog ini memohon kerjasama skot semua, sekiranya masih menyimpan gambar-gambar lama skot-skot kita samada semasa di kem Sg.petani, Sandakan atau Rasah, membawa gambar-gambar tersebut ke tempat perjumpaan di Pantai Merdeka pada 01 Mei 2010 ini untuk re-shot bagi dimasukkan ke dalam album atau slide blog ini.

Setelah siap skot semua boleh mengimbau semula kenangan bersama sejak 20 lebih tahun lampau di beberapa lokasi berbeza seperti dinyatakan di atas. Juga sekiranya skot ada menyimpan apa-apa gambar kenangan peristiwa "Truck Ambush" yg mengorbankan 7 orang kawan-kawan kita di Kg. Lalang, Baling, harap dapat bawa bersama untuk tujuan sama.

Tanpa bantuan skot semua blog ini takkan sampai kemana.

Sekian, terima kasih.

Daftar ahli Blog & Ahli chatroom...

salam,....
kepada semua skot yang telah berjaya menjumpai blog ini dan telah puas melihat-lihat paparan yang ada setakat ini. Jangan lupa untuk terus mendaftar sebagai ahli blog dan ahli chatroom, tujuannya seperti berikut:

Ahli blog : Maklumat skot semua akan disimpan sebagai data rujukan seperti alamat tempat tinggal, no hp dan sebagainya. Ini akan memudahkan untuk menghubungi skot semua sekiranya ada hebahan atau apa-apa berita yang hendak disampaikan dari semasa ke semasa, selain skot semua rajin-rajinlah melawat blog ini selalu.

Ahli Chatroom : skot semua boleh bersembang di ruang chat sesama skot yang sama-sama sedang online walau dimana mereka berada, boleh juga mengirimkan gambar dan apa saja melalui chatroom ini.

Harap semua skot memberi kerjasama dengan mendaftar sebagai ahli dalam kedua-dua tempat yang dinyatakan tadi.

Terima kasih.

Monday, April 5, 2010

Perjumpaan Tahunan Bekas 22 RAMD

Assalamualaikum wbt..
Tarikh - Pada 01 Mei 2010
Tempat - Pantai Merdeka. Kuala Muda Kedah
Masa - Jam 8.00 pagi hingga selesai

Tuan-tuan sekelian seperti biasa acara tahunan perjumpaan semula bekas-bekas 22 MD akan di adakan ditempat sama ia itu di Pantai Merdeka Kota Kuala Muda Kedah. Sila maklumkan atau hebah-hebahkan kepada semua supaya dapat meluangkan masa untuk hadir.
Saya juga akan mengambil kesempatan untuk menghebahkan akan keujudan blog yg tak sepertinya ini. Tujuan hanya satu supaya ada satu mekanisma pengumpulan data-data bekas-bekas dan disimpan secara efektif bagi tujuan rujukan pada masa akan datang. Juga sebagai medium saluran berita dan gambar- gambar terkini semasa tentang semua bekas 22 di mana saja mereka berada.
Diharap blog ini juga nanti akan menjadi saluran menyambungkan berita dan apa saja yang hendak dihebahkan kepada semua. Walau bagaimana pun saya mohon maaf kerana blog ini masih lagi terdapat banyak kekurangannya.
Sekiranya tuan-tuan mempunyai sebarang cadangan atau komen untuk memperbaiki lagi blog ini, jangan segan untuk berbuat demikian dan sangat-sangat di alu-alukan.

Hubungi saya melalui e-mel : kincut80@yahoo.com
Tel : 012-8350272
1020410 - Mohtarrudin Rahmat.

Friday, April 2, 2010

Skot Yg Perlu Bantuan....

Mohd. Zaidi ( Bekas Plt Rintis Serang ) mengalami lumpuh sebelah badan akibat serangan Angin Ahmar. Gambar lawatan ke rumah beliau di Sg.Petani pada tahun 2007. Tuan-tuan yang bermurah hati sila lah menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban beliau sekeluarga. Dalam gambar Zulbanan,Raja,Nazri,Mat Nor Kridek, Naha, Zaidi dan saya sendiri.

Perjumpaan Tak DiRancang...

Perjumpaan ini tidak dirancang di majlis perkahwinan anak Marzuki ( Mess ) tahun 2007. Mat Nor Kridek, saya, Chot ( Arwah ) Naha dan ramai lagi skot kat situ...

Skot Yg telah Pergi Dulu - Kg.Lalang 1981


1020434 Pbt Ahmad Hambali Bin Sedeli. Berasal dari Teluk Intan, telah pergi lebih awal pada 1981 terkorban dalam peristiwa " Truck Ambush " di Kg. Lalang Baling.....skot sekatil...

Masih Kenal Mereka Ini?....



Masih ingat dan kenali mereka ini?..........gambar sekitar 1985 di Rumah Sewa di Ampangan Seremban...Saya sendiri, Dato' - dikhabarkan telah arwah, tetapi tiada siapa dapat mengesahkan...Ishak Plt Tambor dan Daud Mortar Plt...
Di manakah kalian semua sekarang......hubungi saya 012-8350272..

Thursday, April 1, 2010

Nelayan Terpaksa Jadi Nelayan


Nelayan terpaksa jadi nelayan
untuk menyara kehidupan,
nasibla.....kekadang jadi nelayan pun best jugak...
Nih....wak berapa sekilo ikan tu?......macam-macam ada...