Mari Berniaga Bersama...

http://www.JIABiz.com/pandak

Monday, May 31, 2010

Semua rakyat M'sia di kapal Rachel Corrie selamat

Mei 31, 10 3:28pm


Rakyat Malaysia yang menaiki kapal utama 'Rachel Corrie', satu daripada enam kapal dalam armada kapal kecil yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, selamat, selepas tentera Israel menaiki kapal Turki bagi menghalang konvoi itu.

Al-Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki yang mengetuai armada kapal kecil awal pagi ini.

"SMS dari Rachel Corrie -- Semua yang berada di atas kapal selamat. 1,000 batu dari Gaza," kata seorang pegawai dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) di Kuala Lumpur.

Rakyat M'sia antara diserang kapal perang Israel


Mei 31, 10 12:51pm
Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam flotila bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza diserang kapal perang Israel mengakibatkan 16 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera.

Saturday, May 29, 2010

Dua bekas pegawai tinggi kerajaan kritik MEB

Kongres Ekonomi Bumiputera di ibunegara hari ini panas apabila Model Ekonomi Baru (MEB) yang disusun oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negera (MPEN) telah dikritik oleh dua bekas pegawai tinggi kerajaan pusat kerana "tidak mengutamakan agenda bumiputera".
Mereka ialah bekas timbalan ketua pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Senator Datuk Akbar Ali dan bekas ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPE) Datuk Halipah Esa.
"Model ekonomi baru adalah dokumen MPEN yang belum diterima oleh kerajaan.
"Ia menyerang bangsa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB)... MPEN kena berpegang kepada kekuatan sendiri, bukan kelemahan orang lain," kata Akbar disambut laungan beberapa peserta "bakar buku itu" dan "buang buku itu".

Modul itu kini dibukukan sebagai cadangan kepada kerajaan dan kulitnya berwarna merah.

Akbar mengulas pembentangan kertas kerja oleh Ketua Setiausaha MPEN, Prof Dr Normah Mansor (kiri) bertajuk "Agenda Melayu Dalam Model Baru Ekonomi" di Dewan Tun Hussein PWTC.

Kongres anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) itu dihadiri oleh kira-kira 300 peserta hadir yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Normah mengakui kekurangan dasar-dasar khusus untuk bumiputera dan Melayu dalam model ekonomi baru tersebut.

Kapal kemanusiaan Gaza dikepung helikopter Israel

SHAH ALAM, 28 Mei: Keselamatan konvoi sembilan kapal kemanusiaan Gaza kini terancam ekoran sedang dikepung helikopter komando Israel dan cuba untuk merampas kapal tersebut.
Menurut Setiausaha Masjid Jamek Raja Tun Uda, Ustaz Nasaruddin Hasim yang menerima mesej dari sana berkata, ketika ini konvoi sedang berada di perairan Gaza dan jam 4.30 petang (waktu Malaysia) akan berhadapan dengan kapal Israel.
Beliau mengumumkan perkara itu sebaik selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Raja Tun Uda Shah Alam, lebih 500 anak jemaah mendirikan solat hajat memohon bantuan daripada Allah SWT.

Konvoi kemanusiaan dijangka tiba di perairan Gaza hari ini

KUALA LUMPUR, 29 Mei: Pasukan polis laut Gaza telah membuat beberapa latihan bagi menyambut ketibaan konvoi kemanusiaan antarabangsa Gaza termasuk bagi tujuan menyelamatkan kapal daripada sebarang ancaman zionis.
Semalam, laman web http://www.lifeline4gaza.org/ melaporkan kapal-kapal bantuan itu dijangka tiba di perairan Gaza pada hari ini.
Laporan itu menyebut, setelah belayar sejak lebih 12 jam lalu daripada pelabuhan Yeni Antalya di Turki, kapal Mavi Marmara kini sedang berada di tengah Lautan Mediterranean berhampiran perairan Cyprus.
Kapal Mavi Marmara sudah mula bergabung dengan sebuah kapal daripada Greece yang bernama Challenger-2. Mereka menunggu ketibaan tujuh buah kapal-kapal lain. Kapal-kapal itu dijangka meneruskan pelayaran terus ke Gaza apabila kesemua sembilan buah kapal bertemu di perairan tersebut.
Semangat 11 orang sukarelawan Malaysia yang mengikuti konvoi ini begitu tinggi sekali walaupun ada sebahagian daripada mereka yang tidak begitu selesa apabila mengikuti pelayaran jauh di lautan dalam buat pertama kali. Ketabahan mereka ditingkatkan lagi dengan kerjasama yang sangat erat dengan sukarelawan daripada negara jiran, Indonesia.

Sunday, May 23, 2010

Satu Fakta Sejarah

Siapa Kongsi Gelap ini... Lihat sejarahnya…

Kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat berasal dari kumpulan Triad. Kumpulan Triad merupakan satu kongsi gelap yang ditubuhkan di negeri China pada tahun 1674. Tujuan kumpulan Triad ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menggantikannya dengan Dinasti Ming. Kumpulan Triad juga dikenali sebagai nama-nama seperti Liga Hung dan Thian Ti Hui (Liga Syurga dan Bumi). Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka). L.A. Mills menganggap kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat sebagai the Pirates and Robbers Co-operative Association. Sebilangan besar ahli kongsi-kongsi gelap tersebut terdiri daripada penjenayah Cina.


Kapitan Chung Ah Kwee, ketua kumpulan Kongsi Gelap Larut Hai San 1887

Rayuan Bantuan Melanjutkan Pelajaran (IPTA)


Saturday, May 15, 2010

Tok Janggut - Mat Hassan Panglima Munas







INGGERIS cuba menyembunyikan cerita sebenar mengenai Tok Janggut. Lelaki tersebut dan kumpulannya dituduh penderhaka kepada sultan, bangsa dan tanah airnya iaitu Kelantan.Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut.

Monday, May 10, 2010

skot sana-sini..


Kenalkah dengan dua orang skot ni?....
Masing-masing sorang di Kuala Lumpur dan sorang lagi di Alor Star.
Raja Rahman kini menetap di Seksyen 24 Shah Alam Selangor manakala Zulbanan menetap di Simpang Empat Alor Star. keduanya bekas anggota Rintis Serang 22MD.




Tuesday, May 4, 2010

Di Sebalik Tabir Acara...

Tuan-tuan skot sekelian...
tahukah kalian siapa di sebalik tabir acara tahunan perjumpaan ini?....siapa lagi kalau bukan En.Ghofar.....tabik untuk tuan dalam mengendalikan acara tahunan ini. Juga rakan-rakan sebalik tabir yang lain.



Terlajak Ke Bukit Kayu Hitam...

Selepas acara perjumpaan di Pantai Merdeka, saya dijemput bermalam di rumah skot ( Zulbanan ) di Alor Star, jalan punya jalan terlajak sampai ke Bukit Kayu Hitam (BKH). Isteri orang Sabah belum pernah sampai ka sini.



Dah Jadi Orang Awam Semula..

Di maklumkan kepada saya pangkat terakhir semasa bersara ialah PW II. En.Zahudi,kini menetap di Taman Sri Larut Taiping bersama geng MORTAR lain....


Mereka Mesti Gigih

Shahrum ( Educated ) bagi meneruskan kehidupan beliau kini mengusahakan syarikat kawalan serangga ( Pest Control ) atas nama SHAHNOR PEST CONTROL SERVICES.

PW II Yang Bertukar Menjadi Usahawan Senja















Bersara pada tahun 2000 pangkat terakhir PW II, usop achong siapa tak kenal. Selepas tamat servis kini menetap di Taman Sri Larut Taiping, bagi meneruskan sisa-sisa kehidupan beliau tidak betah duduk diam, sebelah petang bermula jam 5 on " Usop Corner " berniaga di pasar malam berhampiran taman perumahan.

Ok la tu skot!......selamat maju jaya....
Tel:019-5184379

Skot Yang Bertukar Menjadi Usahawan


Kamaruddin ( Semboyan ) kini telah berjaya menjadi seorang usahawan selepas menamatkan servis 10 tahun. Beliau mempunyai beberapa jenis perniagaan yang diusahakan sendiri bersama keluarga.

Skot Yang Memerlukan Bantuan
















Masih kenalkah dengan skot ini?.....
Beliau adalah 1020412 (KPL ) Mohd Ibrahim Jatin, beliau sedang menderita diserang angin Ahmar sejak tahun 2005. Hingga kini walaupun semakin pulih namun masih belum berupaya melakukan apa-apa kerja. Lebih memilukan isteri beliau juga telah pergi menemui Ilahi pada Oktober 2009.