Mari Berniaga Bersama...

http://www.JIABiz.com/pandak

Video Klip sana-sini tentang skot...

Loading...

Monday, August 16, 2010

Permohonan Anwar Ditolak, Rakyat Tuntut Sistem Juri DIkembalikan

Permohonan Anwar batal tuduhan liwat ditolak

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membatalkan tuduhan liwat ke atas dirinya.

Mahkamah memutuskan hubungan antara saksi utama den timbalan pendakwa raya tidak menjejaskan integriti pihak pendakwa.

Anwar membuat permohonan itu berikutan dakwaan ada hubungan mesra antara Mohd Saiful Bukhari Azlan dan DPP Farah Azlina Latif.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah juga menolak permohonan peguam Anwar supaya prosiding digantung sehingga rayuannya diputuskan pagi ini.

Hakim mengarahkan peguam sedia untuk meneruskan perbicaraan hari ini.

DPP digugurkan

Dalam permohonan difailkan pada 2 Ogos lalu, Anwar memohon membatalkan tuduhan liwat dengan alasan integriti dan kesaksamaan pasukan pendakwaan terjejas berikutan dakwaan hubungan sulit antara seorang timbalan pendakwa raya dengan saksi utama kes itu.

Penyelewengan Pemimpin UMNO Terhadap FELDA Akan Dibogelkan

Felda Saman Malu Suara Keadilan, Lima Defenden RM200 Juta

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings hari ini memfailkan saman malu RM200 juta terhadap akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan dan lima defendan berikutan penyiaran artikel "Felda Bangkrap" dalam akhbar tersebut Jun lalu.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pukul 3.11 petang tadi.

Lima defenden yang dinamakan dalam saman malu tersebut termasuk Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali, pencetak dan penerbit Suara Keadilan.

Sabtu lepas, peguam yang mewakili Suara Keadilan, N Surendran berkata tindakan saman itu menimbulkan persoalan sama ada agensi tersebut sudah lingkup setelah mengalami penurunan rizab tunai secara mendadak dalam tempoh lima tahun.

Inikah Timbalan Menteri yang dikaitkan Salahlaku Seks dan Membekalkan Pelacur?

Berita dari Harian Metro (baca di SINI) hari ini telah melaporkan sebuah berita yang bertajuk ‘’Timbalan Menteri Bakal di Siasat’. Berita tersebut mengenai seorang Timbalan Menteri yang bakal disiasat polis selepas satu laporan dibuat kelmarin berhubung salah laku seksual dilakukannya selain didakwa turut terbabit dengan kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis di kalangan pelajar kolej.

Sumber polis berkata, seorang ahli politik berusia 50-an dan berasal dari Ipoh, Perak sebelum ini tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 11.08 malam kelmarin sebelum membuat laporan polis berhubung jenayah salah laku seksual yang dilakukan oleh timbalan menteri berkenaan.

Difahamkan, laporan polis berkenaan dilakukan oleh ahli politik terbabit yang mendakwa memperolehi bukti berhubung pembabitan suspek terhadap kes salah laku seksual selain pelacuran gadis bawah umur.

Malah timbalan menteri terbabit yang memulakan khidmat selepas Pilihan Raya Umum 2008 itu turut dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah.

Sunday, August 15, 2010

Pemimpin Umno gelisah muncul matawang syariah

Wartawan Kita   

KOTA BHARU, 15 Ogos: Usaha kerajaan Kelantan mengembalikan umat Islam kepada matawang syariah ternyata tidak mendapat sokongan pemimpin-pemimpin Umno, biar pun mereka tahu wang kertas tidak ada nilainya.

Malah wang kertas yang dipolopori sistem kapitalis terdedah kepada spekulasi kerana amalan riba yang dipertahankan.

Namun mengapa pemimpin Umno begitu gelisah dengan kemunculan kembali matawang syariah. Ini secara tidak langsung menggambarkan tidak berputik di jiwa mereka untuk mengagungkan kembali ketamadun Islam.

Saturday, August 14, 2010

Saiful Kantoi Lagi. Konspirator Tak Nak Bertaubat?

PK Dakwa Saiful Jalin Hubungan Sejenis Dengan Pegawai Khas Najib

Belum lega kontroversi dakwaan hubungan sulit antara saksi utama pendakwaan dalam kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif, kini timbul pula pendedahan terbaru yang mengaitkan Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh.

Pendedahan yang menggemparkan ini dibuat dalam artikel bertajuk "Just When You Thought It Is Safe To Go Into the Water" bertarikh 10 Ogos lalu yang ditulis oleh penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin aka RPK dan disiarkan dalam portal berita MalaysiaToday.

RPK mendakwa rumahtangga Khairil yang baru berkahwin dengan Sharifah Nabila Sara, anak kepada bekas Konsul Kehormnat Mongolia pada 30 Jun lalu kini dilanda badai.

Beliau mendakwa Sharifah Nabila telah 'pulang' ke rumah ayahnya hanya setelah sebulan bernikah dengan Khairil dan tidak menolak kemungkinan ikatan perkahwinan pasangan tersebut mungkin akan terlerai.

"Mereka belum benar-benar bercerai tetapi kemungkinan akan bercerai sangat besar.

"Mengapa Syarifah Nabila meninggalkan rumah tangganya untuk pulang ke rumah bapanya sambil mendengu? Simple. Dia tidak gembira yang suaminya ialah 'AC-DC', seperti Saiful. Untuk makluman pembaca yang kurang faham ini bermakna biseksual.

UMNO rampas tanah rakyat lagi!



Aug 14, 2010,Ahli Dewan Undangan Negeri Teja, Chang Lih Kang sekali lagi membuat laporan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pemimpin UMNO peringkat bahagian. Chang Lih Kang mendedahkan bahawa sebidang tanah yang sedang diusahakan oleh para penternak ikan hiasan dan petani telah diluluskan kepada sebuah syarikat milik seorang pemimpin UMNO peringkat bahagian.

Menurut Chang Lih Kang, jawapan bertulis Dewan Undangan Negeri telah mengatakan bahawa sebidang tanah seluas 50 ekar yang terletak di Kampung Sungai Itek, Gopeng, telah diberikan kepada sebuah syarikat yang bernama Safura House of Diamond Sdn Bhd.

Tujuan kelulusan tanah tersebut adalah untuk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT).

Setelah meneliti laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kami dapati satu fakta yang amat mengejutkan, iaitu salah seorang pemegang saham merupakan Timbalan Ketua Bahagian Gopeng UMNO, Mejar (B) Roslan bin Zakaria!

Najib terdesak pujuk komuniti Cina

Harakahdaily   
IPOH, 15 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin terdesak apabila membuat kejutan dengan merayu komuniti Cina di negara ini agar mempercayai beliau sebagai pemimpin yang menjaga kepentingan mereka.
“Saya anggap tindakan terdesak oleh seorang pemimpin yang sudah hilang punca dan arah untuk menarik sokongan bangsa Cina bagi mengekalkan kuasa BN,” kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim.
Ketika berucap pada Kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur kelmarin, Najib berkata seperti ayahnya, beliau adalah juga pemimpin kepada semua rakyat Malaysia dan akan melakarkan apa yang terbaik kepada semua.
Menurut Khalil, pujukan yang dibuat oleh Najib menghiasi politik tanah air yang menyaksikan kaum Cina terus menolak perjuangan sempit MCA, satu parti yang satu masa dulu dikatakan mewakili kaum itu.
Katanya, penolakan kaum Cina kepada gerakan di Pulau Pinang sehingga memberi laluan kepada Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Pulau Mutiara itu membuktikan orang Cina sudah sangat bosan dan tidak percaya dengan perjuangan yang dilakukan oleh parti-parti Cina dalam komponen BN.

Cerdikkah Khazanah belanja RM10 bilion kuasai Parkway

Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan adakah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) boleh dianggap cerdik dan amanah apabila berbelanja lebih RM10 bilion untuk menguasai Parkway Holdings Ltd (Parkway).
Akhbar tempatan melaporkan kononnya pesaing Khazanah, Fortis Healthcare Ltd, "mengaku kalah" selepas Khazanah menaikkan harga tawaran untuk mengambil alih Parkway, sekali gus muncul sebagai pembida tunggal utama.
Sedangkan, urusniaga itu memberikan keuntungan sebanyak S$116.7 juta atau kira-kira RM272.0 juta kepada dua beradik yang menguasai Fortis, iaitu Malvinder Singh and Shivinder Singh.
Kesemuanya, Khazanah telah berbelanja lebih RM10 bilion untuk menguasai Parkway.
Parkway Holdings Limited adalah syarikat penjagaan kesihatan yang disenaraikan di Singapore Stock Exchange. Syarikat itu menguruskan 16 hospital dengan lebih 3,400 katil di Asia.
Mahfuz mempersoalkan, dengan modal RM10 bilion itu, berapa pulangan boleh dapat setahun.
"Adakah ini pelaburan yang baik dan beramanah kepada rakyat Malaysia? Duit mereka telah dibelanjakan lebih RM10 bilion oleh Khazanah kononnya untuk menguasai Parkway termasuk memberi durian runtuh RM272.0 juta kepada dua beradik yang kononnya mengaku kalah itu.

Zambry Kadir anugerahkan Kroninya 50 Ekar tanah!

Dalam riuh rendah Pemimpin UMNO dan MCA menyerang pimpinan DAP kerana dikatakan telah mengeluarkan surat sokongan atau surat cadangan bagi membantu usaha memenangi kontrak dari kerajaan negeri Selangor, Pemimpin mereka sendiri telah mengangerahkan tanah kepada Kroni.

Menteri Besar Perak yang telah dilantik oleh Mahkamah Zambry Kadir dikatakan telah menyerahkan tanah seluas 50 ekar yang bernilai diantara RM6 Juta hingga RM8 Juta itu kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh kroni UMNO.

Ahli Parlimen Teja, Chang Lih Kang telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai tanah yang terletak di Kampung Sungai Itek di Gopeng, Perak.

Sambil meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan Zambry itu , Ahli Parlimen Teja itu juga menggesa agar Zambry digantung keahliannya dari Jawatankuasa Tanah dan kelususan yang telah dikeluarkan itu ditahan sehingga siasatan selesai..

Felda : Gaji dan Elaun Yusof Nor RM2 Juta saje setahun..

Sivarasa mendakwa maklumat diterima pihaknya menunjukkan Yusof memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan juga elaun.


PETALING JAYA, 14 Ogos — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sivarasa Rasiah hari ini mencabar Tan Sri Mohd Yusof Nor agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.

Sivarasa mendakwa maklumat diterima pihaknya menunjukkan Yusof memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan juga elaun.

Perkara ini ditimbulkan di sebalik dakwaan PKR bahawa Felda akan muflis manakala lebih 700 peneroka dari dua Felda menyaman agensi persekutuan RM200 juta berhubung isu penipuan dalam kiraan perahan minyak sawit.

Dua bulan lalu Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa aliran wang tunai semasa Felda telah merosot berbanding lima tahun lalu.

“Saya nak tanya kepada beliau (Yusof) berapa jumlah ganjaran yang diperoleh sebagai Pengerusi Felda yang turut mengawal anak-anak syarikat Felda?

Peguam: Felda tidak boleh saman Suara Keadilan

Abdul Rahim Sabri
Ogos 14, 10
5:36pm

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak boleh menyaman fitnah ke atas akhbar Suara Keadilan kerana agensi itu ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat.

"Soal yang timbul di sini adakah secara undang-undang, moral dan etika, Felda boleh membawa apa-apa tindakan undang-undang kepada rakyat yang mengeluarkan kritikan ke atas Felda.

"Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat. Felda ditubuhkan untuk memberi bantuan dan faedah kepada rakyat. Undang-undang adalah jelas, Felda tidak boleh saman fitnah (kepada Suara Keadilan).

"Prinsip undang-undang adalah jelas, apa-apa badan yang yang ditubuhkan dengan wang rakyat dan untuk kebaikan rakyat, tidak boleh mengeluarkan saman fitnah setiap kali dikritik oleh rakyat," katanya peguam yang dilantik oleh akhbar berkenaan, N Surendran.

Menurutnya, berdasarkan undang-undang lazim atau 'commom law' itu, yang diamalkan kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, kerajaan tempatan atau badan berkanun tidak boleh membuat saman fitnah ke atas rakyat.

Sehubungan itu, Surendren menasihatkan Felda agar mencari penasihat undang-undang yang bijak, membuat kajian serta tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak mempunyai asas undang-undang.

Bekas tahanan ISA: Bankrap bukan satu pilihan

Salhan K Ahmad & Regina Lee
Ogos 14, 10
10:21am

Orang ramai yang mengikuti berita berhubung bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussin dan menganggapnya sebagai manusia paling malang di Malaysia tidak boleh persalahkan.

Nasib malangnya itu bermula pada akhir tahun 1998 apabila dia ditahan selama 57 mengikut ISA yang menafikannya sebarang hak untuk dibicarakan bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

Sepanjang tahanan itu, Abdul Malek didera secara mental dan fizikal. Malah dia mendakwa pernah dipaksa minum air kencing -- dan kini dia terpaksa membayar RM70,00 kepada orang yang bertanggungjawab menderanya.

Bagaimanapun, Abdul Malek tetap tabah apabila pada Khamis lalu, Mahkamah Persekutuan mengenepikan permohonannya untuk mendapatkan gantirugi sebanyak RM2.5 juta yang dianugerahkannya oleh Mahkamah Tinggi pada 2007 kerana bersetuju dengan penghujahannya bahawa penahanannya itu adalah salah.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, selain menolak gantirugi itu, Abdul Malek juga diarahkan membayar RM20,000 sebagai kos kepada ketiga-tiga responden.


Nazir Razak kata DEB telah 'dipernyataan-haramkan'

Regina Lee
Ogos 14, 10
4:57pm
 Dasar Ekonomi Baru (DEB) menerima antara bidasan yang paling perit apabila ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Abdul Razak mengambarkan dasar itu sebagai sesuatu yang telah 'dipernyataan-haramkan' dan menyimpang daripada tujuan asalnya.

"DEB seolah-olah dilihat seperti dipernyataan-haramkan (bastardisation),” katanya pada sessi soal-jawap selepas menyampaikan cermahnya pada Kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur petang ini.

Katanya, dasar yang bertujuan membasmi kemiskinan itu sebenarnya telah menjadikan hanya sekumpulan kecil masyarakat yang kaya.

"Apa yang saya tidak faham ialah memberikan golongan itu Permit Import (AP).

"Sekiranya anda hanya mahu sekumpulan kecil orang menjadi kaya, sebaik-baiknya berikan sahaja wang kepada mereka,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh kira-kira 500 peserta yang menghadiri majlis anjuran MCA itu.

Pesalah bakar gereja mangsa politik sempit Umno

Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepatutnya para pemimpin Umno menanggung beban kesalahan dan dihukum akibat perbuatan membakar gereja Metro Tabernacle pada Januari lalu.
Mengulas keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas dua beradik yang didapati bersalah membakar gereja itu, Mahfuz menyifatkan mereka adalah mangsa penganiayaan politik perkauman sempit Umno.
"Hampir semua pihak sependapat bahawa kedua-duanya adalah mangsa hasutan Umno yang membakar api perkauman sempit dengan pelbagai provokasi ketika isu kalimah Allah dahulu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Menurut beliau, propaganda perkauman sempit Umno yang bertujuan hendak memperbodoh-bodohkan orang-orang Melayu supaya menyokongnya menyebabkan munculnya pelbagai pihak yang kononnya hendak menjadi jaguh membela kesucian Islam.
Akibatnya, kata Mahfuz, ada yang bertindak berdasarkan emosi yang dibakar api perkauman Umno sehingga melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan  undang-undang.