Mari Berniaga Bersama...

http://www.JIABiz.com/pandak

Video Klip sana-sini tentang skot...

Loading...

Monday, April 25, 2011

Ketua Pembangkang gagal gadai Tanah Rezab Melayu

Isnin, 25 April 2011 17:50

Kita jangkakan ketika mereka berkuasa sahaja kegiatan menggadai dan menjual Tanah Rezab Melayu ini berleluasa. Namun jangkaan kita meleset sama sekali. Ketika telah dihumban menjadi pembangkang pun, kegiatan menggadai hak bumiputra dan hak orang Melayu diteruskan oleh puak umno ini.
Ingin kita dedahkan usaha Ketua Pembangkang DUN Selangor Satim Diman untuk menggadai dan memindah-milik dua bidang tanah Umno Bahagian Puchong (HSD 247141 PT 73899 dan HSD 247142 PT 73900)  kepada sebuah syarikat bukan milik Bumiputera, Lagi Gemilang Development Sdn Bhd.
Bagaimanapun, hasrat Satim Diman terbantut apabila Pentadbir Tanah serta Pengarah Tanah dan Galian Selangor tidak memberikan sokongan seterusnya ditolak oleh YAB TS Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.
Cuba bayangkan jika mereka kembali berkuasa. Siapakah yang dapat menahan sikap rakus mereka menggadai serta menjual apa saja yang ada di atas muka bumi ini? Soal mempertahankan hak Melayu, bagi golongan umno ini hanya untuk dicetak atau diheboh-hebohkan dalam media arus perdana bagi menipu bangsanya sendiri.
Apakah layak Salim Diman dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang jika inilah contoh tindak-tanduk beliau menggunakan kedudukannya untuk melakukan perkara-perkara yang jelas amat merugikan bangsa Melayu.

1 Mei: Harga barang naik, gaji bila lagi

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 25 April: Jawatankuasa 1 Mei yang terdiri daripada lebih 60 kumpulan masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik akan mengadakan perarakan sempena Hari Pekerja dengan tema ‘Harga Barang Naik, Gaji Bila Lagi" pada 1 Mei ini.

Menurut jurucakap jawatankuasa 1 Mei, S Arutchelvam (gambar), peserta dijangka berkumpul di Stesen Monorel Chow Kit dan berarak ke Dataran Merdeka, bermula jam 10.30 pagi dan berakhir dengan bacaan deklarasi Hari Pekerja di Dataran Merdeka.

"Dijangkakan sekurang-kurangnya 500 peserta yang terdiri dari pekerja, mahasiswa dan aktivis masyarakat akan menyertai perarakan ini," kata beliau pada sidang media di bangunan Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.

Sunday, April 24, 2011

Drama Bangkok, sejarah 2008 nyaris berulang..

Sunday, April 24, 2011

Jika niatnya mahu bertemu Polis di Kedutaan Malaysia di Thailand tidak dihalang oleh Isterinya dan juga dua orang lagi sahabat merangkap peguamnya sendiri.. Hari ini Malaysia pasti akan heboh membicarakan bahawa Raja Petra telah selamat kembali ke Malaysia dan berada di Kamunting..

KUALA LUMPUR, 24 April — Raja Petra Kamarudin yang menyifatkan perkembangan terbaru mengenai dirinya semalam sebagai “drama Bangkok” menjelaskan, pihak polis mahu mengambil kenyataan daripadanya berkaitan laporan Utusan Malaysia susulan temu bual siaran TV3 dua minggu lalu.

Malah kata beliau drama Bangkok juga menunjukkan nasib yang menimpa dirinya berulang dikenakan tuduhan fitnah jenayah selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Mengapa polis cekap susah dakwa trio Umno?

Harakahdaily   
KUANTAN, 24 April: Siasatan siap, dihantar ke pejabat Peguam Negara, kena tendang, sudah lengkapkan siasatan dan hantar semula, pejabat Peguam Negara tendang lagi dan kini tetiba polis meminta lebih banyak masa untuk melengkapkan siasatan berhubung video lucah yang didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang.

“Polis Malaysia yang terkenal dengan kecekapannya, apa yang payah sangat untuk dakwa pemilik video dan orang yang menayang klip video lucah kepada orang awam? Kan ini terang-bederang sudah bercanggah dengan akta yang ada?” sindir Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Raja Petra bersedia beri keterangan polis hanya di hotel

MerdekaReview | Apr 24, 2011 01:27:55 pm

 
Kemunculan Raja Petra Kamaruddin (RPK) di Bangkok semalam untuk memberi ucapan kepada Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) telah menarik perhatian polis, dan polis cuba mengambil keterangan daripada blogger yang kontroversial ini di Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok.
Bagaimanapun, cubaan ini gagal apabila RPK (gambar kanan) menyatakan bahawa dirinya hanya bersedia memberi keterangannya kepada polis di hotel.  "Drama" ini akhirnya melabuh tirai, menurut tulisan RPK dalam Malaysia Today, apabila ACP Aziz yang ditugaskan untuk mengambil keterangannya "tidak lagi berminat untuk berbuat demikian".
RPK dijadualkan untuk berucap kepada MCLM pada jam 6 petang semalam di Bangkok.  Sebelum ia bermula, RPK didampingi seorang pegawai polis dari Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan meminta agar RPK mengikutnya ke Kedutaan Besar untuk diambil keterangan.  RPK dimaklumkan bahawa ACP Aziz dari Kuala Lumpur sedang menunggunya.
Sebelumnya, Timbalan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pegawainya telah meminta agar RPK memberi keterangan setelah mengetahui RPK akan muncul di Bangkok, menurut The Star Online.  Keterangan ini diambil berikutan laporan polis yang dibuat oleh satu pertubuhan bernama Jaringan Melayu Malaysia.
Bagaimanapun, dalam tulisan RPK di Malaysia Today, beliau berkata ada pihak telah membuat satu laporan polis berdasarkan "liputan Utusan Malaysia terhadap wawancara TV3 bersama RPK", yang menyebabkan dirinya diminta untuk diambil keterangan.

MCA minta pulau Utusan, apa kata Pemuda Umno Harakahdaily

Harakahdaily   
KOTA BHARU, 24 April: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mencabar Pergerakan Pemuda Umno untuk menyatakan pendirian terhadap gesaan Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok agar akhbar lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia dipulaukan oleh rakyat Malaysia.

Gesaan ini dilaporkan oleh laman web berita dalam talian Malaysiakini pada 23 April 2011.
Ini ekoran rencana yang ditulis oleh Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan minggu lepas yang mencadangkan agar digerakkan kempen ‘1Melayu, 1Bumi’.

Dari Email 1Malaysia, baik bagi wi-fi percuma

Mohd Sabri Said   
KEPALA BATAS, 21 April: Kerajaan Malaysia patut meniru langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan Wi-Fi percuma kepada keseluruhan rakyat bukannya memperkenalkan Email 1 Malaysia yang mempunyai motif tersendiri untuk menyelamatkan kedudukan syarikat Tricubes Berhad yang terumbang ambing.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yussof menegaskan, perbelanjaan RM50 juta wang rakyat demi kroni tidak boleh diterima lagi bahkan patut dihukum dengan memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang kerana lebih cerdik menggunakan wang kerajaan untuk sesuatu projek.

Beliau mengulas pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan email 1 Malaysia. Ia berubah-ubah dari projek kerajaan kepada inisiatif swasta. Media pula mendedahkan syarikat Tricubes Berhad adalah syarikat yang hampir bankrap dan dikaitkan dengan adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak melalui Kumpulan CIMB.

Saturday, April 23, 2011

EKSKLUSIF!! Agenda BN disebalik Pembinaan Kilang Lynas..

Saturday, April 23, 2011

Keputusan Kerajaan Malaysia mengarahkan satu panel bebas akan ditubuhkan secepat mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan orang ramai bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif.

Kajian itu dijangka siap dalam tempoh sebulan dan lima hingga tujuh pakar antarabangsa yang diperakui dalam bidang radiasi akan dilantik menganggotai panel itu.

Difahamkan sementara menunggu keputusan kerajaan, tiada lesen praoperasi akan dikeluarkan kepada Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB). Keputusan tersebut nampaknya sungguh menggembirakan Lynas Malaysia Sdn Bhd.

Wah!! RM11 Juta ni.. UMNO Penang tak mahu kutip pulak ka?

Saturday, April 23, 2011

Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) bakal membuat bayaran RM100 kepada setiap warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berdaftar melalui Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) bermula 23 April ini kepada semua mereka yang jumlahnya ialah 114,668 orang..

Wahhh.. ramai tu.. Apa ke nama tah ADUN Penaga tu..macam mana sekarang? Tak mahu kutip pulak ka? Kalau dikutip semula dari setiap warga emas tu boleh jadi jutawan segera tu.. ya lah 114,668 darab 100 jumlahnya ialah RM11,466,800.00.

Ala.. ajaklah sama kawan-kawan yang segerombolan tu..

Friday, April 22, 2011

Kenapa Umno-BN terus cemari nama baik Anwar?

Wira Arjuna
Apr 23, 11
9:56am
Kongsi 149
TV3 dilaporkan sudah hampir selesai merakamkan siri laporan terbaru merangkumi tuduhan-tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ketua pembangkang itu bergelut dengan dakwaan terbabit dengan video lucah uyang didalangi Datuk T.

nallakarupan interview 231107 respondLaporan yang bakal disiarkan di Buletin Utama itu akan menyaksikan S Nallakarupan (kiri) membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber-sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan.

“Kemungkinan besar dakwaan-dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar,” kata sumber itu memberitahu penulis tanpa mengulas lanjut.

Kebanyakan dakwaan-dakwaan Nallakarupan itu “bukan perkara baru,” cuma disadurkan dengan butir-butir terperinci dalam usaha meyakinkan rakyat terutama pengundi Melayu, bahawa kononnya Anwar pemimpin tidak bermoral.

Rasanya tidak perlu dihuraikan rekod Nallakarupan, seorang rakan karib Anwar yang kemudian merajuk dan berpaling tadah apabila tidak dipilih menjadi calon untuk pilihan raya kecil Ijok pada tahun 2006.

Di sini mencela, di sana merayu

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 April: Itulah kiasan yang menggambarkan karenah kerajaan Umno Barisan Nasional terhadap kaum Tionghua sekiranya seseorang itu mengikuti berita-berita media tradisional Umno Barisan Nasional kebelakangan ini.

Semenjak menerima tamparan hebat di Sarawak ekoran kehilangan 15 kerusi, 12 di tangan DAP akibat kejatuhan undi popular sebanyak 8 peratus, Umno Barisan Nasional melalui lidahnya, Utusan Malaysia telah melancarkan serangan bertubi-tubi kepada kaum Tionghua dengan label-label seperti ‘tidak mengenang jasa’ dan menuduh kononnya komuniti Cina mahukan kuasa politik muktamad.
(Gambar: Pengarang media Umno mencerca Cina Malaysia selepas ditolak Cina Sarawak)

Utusan turut menyeru kerajaan BN Sarawak tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum Tionghua di dalam kabinetnya.

Srategi Umno runtuhkan Pakatan Rakyat gagal

M Faqih Foto Yusri   
KOTA BHARU, 23 April: Empat strategi gergasi dilakukan Umno bagi meruntuhkan keutuhan Pakatan Rakyat nampaknya sehingga kini tersasar, namun harus diingatkan usaha tersebut pastinya akan dilakukan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang. Strategi tersebut iaitu isu kerajaan perpaduan, polemik kalimah Allah, tindakan Umno menghantar Tun Abdullah Ahmad Badawi menemui pemimpin utama PAS dan video lucah mirip pemimpin Pakatan Rakyat.
Anggota parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, isu pertama dicetus Umno hampir-hampir memecahkan PAS daripada dalam.
“Isu kerajaan perpaduan pada awalnya ramai ahli dan pemimpin PAS keliru sehingga ada yang bersetuju. Isu tersebut dua kali dibincang pada muktamar termasuk di Ipoh, namun akhirnya perwakilan PAS menolak.
“Diperbesarkan pula polemik kalimah Allah sehingga ada juga ahli dan penyokong PAS terpengaruh dengan kenyataan pemimpin Umno.
“Namun akhirnya pemimpin tertinggi PAS buat keputusan agama sanawi boleh gunakan kalimah Allah,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan kali ke-44 PAS Kota Bharu di Kelantan Trade Centre di sini, semalam.

PENANGAN BOB LOKMAN DI KUANTAN

Khamis, 21 April 2011

KUANTAN, 20 April - Program ceramah umum bersama bekas Pengacara dan Pengkritik Tetap Raja Lawak Astro, Bob Lokman (foto) di Putra Balok semalam telah berjaya menarik perhatian ramai peminatnya.

Malah, sebahagian besar mereka yang hadir terdiri daripada generasi muda dari beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di bandar ini. Bob Lokman memulakan ceramah sekitar jam 11.10 malam selepas Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh memulakannya.

Ceramah beliau yang julung kalinya di kawasan ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai yang hadir. Sebahagian besar dari kalangan mereka, masih tidak percaya dengan tindakan artis tersebut tiba-tiba berjuang dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Namun, itulah takdirnya dan Bob berjaya mencuit hati orang ramai dengan celoteh bersahajanya yang dilihat agak tertib dan bersopan.

Gani Patail lebih berkuasa daripada Najib malah Obama

Jumaat, 22 April 2011 02:33  

Percaya atau tidak, tapi itulah hakikatnya. Gani Patail, Peguam Negara kini dilihat lebih berkuasa daripada Perdana Menteri Malaysia, malah lebih berkuasa daripada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Tindak-tanduk Gani bukan sahaja mengatasi apa saja Undang-undang ciptaan manusia tetapi beliau juga dilihat tidak takut untuk melanggar apa sahaja Undang-undang dan hukum-hakam ciptaan Allah SWT. Rekod pembohongan dan pengkhianatan si peguam negara seperti tiada batasan. 

Thursday, April 21, 2011

Anwar Mesti Dihapuskan…

Thursday, April 21, 2011

Ada perkara yang dikatakan Rahsia Kerajaan terdedah atau didedahkan dalam artikel ini samada sengaja atau tidak.. entahlah.. bacalah

Oleh Tok Bahaman

Demi survival politik UMNO Anwar mesti dihapuskan. Walau dengan apa cara sekalipun watak ini mesti dihapuskan dari arus politik Malaysia. Watak inilah yang menggelorakan arena politik Malaysia yang sebelum ini tenang tidak pernah bergoyang sedikitpun.

Sama ada orang suka atau benci, Anwar pernah disenarai oleh TIME MAGAZINE 2008 sebagai antara 100 tokoh dunia paling berpengaruh sebaris dengan Obama, Vladimir Putin, Hillary Clinton, Sonia Gandhi John McCain dan lain-lain.

Beliau belum pernah gagal dalam sebarang pertandingan. Jenayah paling besar yang pernah dilakukannya ialah mencabar TDM 1998. Sejak itu nasibnya pun berubah. Satu demi satu kawan berpaling tadah.

'Utusan, PERKASA lagakan Melayu-Cina'

'Utusan, PERKASA lagakan Melayu-Cina'
Apr 21, 11 2:38pm
Kongsi 170
Naib Presiden PKR, Tian Chua mengesyorkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya segera menamatkan konsep 1Malaysia yang dicanangnya selama ini kerana ia nyata tidak selari dengan perjuangan gagasan itu.

pkr wangsa maju ceramah 141210 tian chuaBercakap kepada TV Selangor, Tian Chua berkata bukan hanya rencana terbitan media kawalannya yang mendesak supaya digerakkan gelombang "1 Melayu, 1 Bumi" diutamakan, bahkan NGO proksi Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) juga mendesak kerajaan meminggirkan masyarakat Cina yang didakwa sanggup “membalas susu dengan tuba”.

“Kalau itu pendirian Umno, sepatutnya Najib secara rasminya perlu mengumumkan penamatan kempen 1Malaysia yang disebarkan merata tempat.
"Jadi, sokongan sekarang menunjukkan sebenarnya BN tidak ikhlas dengan kempen 1Malaysia dan cogan kata ini sebenarnya sebagai satu penipuan,” katanya.
Semalam, PERKASA cawangan Sarawak dalam satu kenyataan media meletakkan sepenuhnya tanggungjawab kepada DAP sekiranya nasib masyarakat Cina di negeri itu tidak lagi terbela berikutan trend pengundi kaum itu yang menyokong Pakatan Rakyat mainan politik juak Umno.

Video: Apa beza trio Umno dengan rakyat lain

Fakhri Ali   
PERMATANG PAUH, 21 April: Kenyataan pro dan kontra dalam isu sama ada mendakwa trio Umno, Datuk 'T' atau sebaliknya bukan suatu perkara yang sukar untuk dilaksanakan oleh kerajaan.

Trio Umno itu terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Shuib Lazim dan Dato Shazril Eskay Abdullah
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man (gambar) berkata, jika trio Umno itu dibiarkan bebas dengan sewenang-wenangnya, boleh memiliki dan menayang video seks dalam negara tanpa tindakan oleh pihak berkuasa, sudah pasti rakyat melihat perkara itu sebagai tidak adil dan berpihak.

Oleh kerana itu, katanya jika kerajaan dan pihak polis ingin dihormati sebagai penguatkuasa undang-undang yang telus dan adil, mereka mesti menunjukkan kebenaran tersebut dengan mendakwa ketiga-tiga manusia itu dan bukannya melindungi mereka.

Pulang wang: Umno Pulau Pinang belum serah nama

Harakahdaily   
GEORGETOWN, 21 April: Umno Pulau Pinang sehingga kini gagal menghantar atau menyerahkan walaupun satu nama berhubung dakwaan sebelum ini yang menyatakan terdapat segolongan warga emas ingin mengembalikan wang RM100 pemberian kerajaan negeri.
"Sehingga kini, kerajaan negeri tidak menerima sebarang pembatalan pendaftar yang telah memperoleh wang ini sebelum ini,” kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar).
Dalam pada itu, kerajaan Pakatan Rakyat negeri bakal membuat bayaran RM100 kepada setiap warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berdaftar melalui Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) bermula 23 April ini.
Guan Eng berkata, pembayaran bagi tahun ini dibuat secara berperingkat-peringkat bermula 23 April hingga 20 Mei di cawangan-cawangan Maybank terpilih seluruh negeri.

Rakyat perlu internet, bukan e-mel percuma

Harakahdaily   
SHAH ALAM, 21 April: Kerajaan Negeri Selangor menyedari akan peranan internet yang banyak menyumbang kepada perluasan ilmu pengetahuan terhadap masyarakat.
Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan negeri, Rodziah Ismail (gambar) berkata projek-projek internet percuma yang sedang giat dijalankan di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor adalah sebahagian daripada manifesto Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang mengutamakan kehendak dan kepentingan rakyat.
“Berhubung Projek Emel 1Malaysia yang dilancarkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan, saya ingin menegaskan bahawa sesuatu yang diinginkan oleh rakyat sebenarnya bukanlah emel percuma tetapi kemudahan internet percuma,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Kenapa PAS dikritik

Harakahdaily   
TEMERLOH, 21 April: Kenapa PAS dikritik pedas oleh beberapa orang penulis, penganalisis politik dan juga blogger sejurus selepas kegagalan parti menawan sebarang kerusi di Sarawak?
“Kerana kekecewaan yang amat sangat terhadap sistem politik negara, berleluasanya rasuah, salah tadbir, salahguna kuasa dan perlanggaran undang-undang dan peraturan yang terang-terang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, maka lahirnya pelbagai kritikan pedas beberapa penulis, penganalisis politik dan blogger terhadap PAS.
“Barangkali inilah juga yang menyebabkan terlahirnya pandangan pedas daripada Dr Aziz Bari, kerana keinginan melihat Barisan Nasional tumbang hari ini dan terlahirlah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih baik,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ketika mengulas kritikan penganalisis politik, Dr Abdul Aziz Bari terhadap PAS dan Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata besar kemungkinan kerana Aziz lebih “menyayangi” (menaruh harapan tinggi) PAS serta kegagalan parti dalam beberapa pilihan raya kecil dan juga pilihan raya negeri Sarawak dan didorong dengan kebosanan yang meluap-luap terhadap Barisan Nasional, Aziz telah mengkritik PAS dan Hadi sejurus kegagalan parti untuk menawan sebarang kerusi Dun di Bumi Kenyalang.
“Beliau tidak menyerang DAP atau PKR mungkin kerana beliau lebih sayangkan PAS berbanding parti lain.

Wednesday, April 20, 2011

Video seks: Jerat makan tuan?

APABILA diberitahu pihak Polis kini menumpukan kepada kes siapa yang menayangkan video lucah di Seri Carcosa, maka terasa `panas' pula geng `three strooges' @ Datuk T dibuatnya. Kenyataan yang menampakkan gelabah itu datangnya dari Datuk Shuib Lazim yang mendakwa `ketidakadilan' berlaku terhadap trio mereka.

Petikan Malaysiakini menyebut,
"Salah seorang daripada trio 'Datuk T', Datuk Shuib Lazim berkata, mereka tidak berniat untuk menyebarkan video lucah yang didakwa melibatkan seorang tokoh utama pembangkang. Oleh sebab itu, Shuib menyifatkan sebarang tindakan yang mungkin dikenakan ke atas mereka sebagai "tidak adil" kerana mereka tidak sepatutnya didakwa atas tuduhan berkenaan. "Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Pemberita yang akan jadi saksi (dalam kes tayangan video berkenaan) - Malaysiakini.

e-mail 1Malaysia : Tricubes Berhad Adik Najib yang punya...

Wednesday, April 20, 2011


Syarikat Tricubes Berhad yang diberikan kontrak 1Malaysia email bernilai RM50 juta kini berdepan dengan masalah kewangan, dan disenaraikan Bursa Malaysia sebagai status GN3. Seandainya syarikat ini gagal mengetengahkan program menstruktur semula kewangannya pada hujung Oktober 2011, maka ia mungkin berdepan dengan nasib untuk ditarik dari penyenaraian (delist).

Apa yang menarik, pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group).

Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.

KEMBANGKAN NASIONALISMA DAYAK



DUNIA TAK AKAN SAMA LAGI
Dalam kehidupan kita ini akan muncul beberapa babak yang akan mengubah hidup kita. Babak-babak ini akan mengubah dunia kita untuk selama-lamanya. Babak-babak ini mungkin berlaku kepada individu, kepada kelompok bangsa atau kepada seluruh umat manusia.

Perang Dunia Kedua telah mengubah dunia Eropah, Asia dan Afrika. Di Eropah lahir negara-negara yang berpaksikan ekonomi sosialis manakala di Asia dan Afrika semangat nasionalisma bangun melawan penjajah. Bila Tembok Berlin runtuh pada tahun 1989 – Eropah berubah sekali lagi. Apabila World Trade Center di New York dilanggar kapal terbang pada 11 September 2001 - dunia yang kita ketahui dahulu telah berubah untuk selama-lamanya.

Video seks: Siapa 'whistle blower' sebenarnya?

Wira Arjuna
Apr 20, 11
9:53am
Kongsi 224
Sejak 21 Mac, gandingan' Datuk T' diangkat oleh pemimpin Umno dan juak-juaknya termasuk PERKASA dan Utusan Malaysia sebagai 'whistle blowers' yang harus dilindungi.

azlanPada tarikh itu, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay dan Datuk Shuib Lazim menayangkan sebuah video kepada media dan ahli politik terpilih untuk “membuktikan' Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Suara-suara Umno mengenai keperluan melindungi Datuk T sebagai “whistle blower” semakin lantang dengan pengumuman terbaru polis bahawa tiga individu berkenaan mungkin dihadapkan ke mahkamah kerana menayangkan video lucah.

Pengguna Facebook bantah projek emel 1Malaysia

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 20 April: Belum pun sampai 24 jam Perdana Menteri melancarkan projek e-mel 1Malaysia, sudah muncul satu laman di Facebook menyeru rakyat menolak projek 'pembaziran' tersebut.

Didaftar atas nama '1M Malaysians who don't want Najib's 1 Malaysia email', sehingga berita ini ditulis ianya telah mempunyai 21,913 pengguna Facebook yang meminatinya.

Menurut maklumat tertera, laman tersebut dibuat bagi membantah projek emel 1Malaysia yang didakwa hanya akan membazirkan RM50 juta wang rakyat selaku pembayat cukai.

Sumpah: PAS hanya ikut peraturan Allah

Harakahdaily   
TEMERLOH, 20 April: Setahu para ulama, tiada sumpah dalam urusan yang melibatkan zina, rogol liwat (melainkan isteri yang mengadu kepada hakim bahawa dia diliwat oleh suami dibenarkan bersumpah), tuduhan seseorang itu melakukan zina tanpa mengemukakan saksi (qazaf) berpandukan tindakan yang tidak memanggil Safwan atau Aisyah bersumpah dalam peristiwa fitnah ke atasnya.

Tuesday, April 19, 2011

Shuib: 'Tidak adil' jika didakwa sebar video

Shuib: 'Tidak adil' jika didakwa sebar video
Salhan K Ahmad
Apr 19, 11
3:48pm
Kongsi 397
Salah seorang daripada trio 'Datuk T', Datuk Shuib Lazim berkata, mereka tidak berniat untuk menyebarkan video lucah yang didakwa melibatkan seorang tokoh utama pembangkang.
Oleh sebab itu, Shuib menyifatkan sebarang tindakan yang mungkin dikenakan ke atas mereka sebagai "tidak adil" kerana mereka tidak sepatutnya didakwa atas tuduhan berkenaan. 

Perkauman: Tuduhan Mahathir tidak berasas

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 19 April: DAP berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir yang mendakwa bahawa parti itu telah berjaya membawa politik perkauman kepada Sarawak.
Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari berkata, tuduhan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama sekali.
Sebaliknya, kata beliau sindiran-sindiran yang sebegitu rupa yang menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia.

Liabiliti: Pemuda PAS Wilayah sanggah Aziz Bari

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 19 April: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyanggah pandangan penganalisis politik, Prof Abdul Aziz Bari di dalam Malaysian Insider yang mengatakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat.