Mari Berniaga Bersama...

http://www.JIABiz.com/pandak

Wednesday, October 20, 2010

Rakyat Kecam Kerajaan Zambry Rampas Rumah

Hutan Melintang - Seramai 59 pemilik rumah di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Sungai Dulang, di sini panik apabila rumah yang dibeli mereka akan diambil oleh Kerajaan Negeri.

Seorang pembeli, Razali Sabdin, 54, berkata, majoriti pemilik rumah tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri mengenakan tindakan ‘spray’ tanpa sebarang perbincangan dengan penduduk.

Menurutnya, surat arahan supaya menjelaskan tunggakan itu diterima penduduk pada Jumaat lalu.

“Bukannya kami tidak bayar langsung, cuma ada tunggakan sahaja tetapi mereka tak patut buat macam ini kepada kami.

“Kami tidak mahu kehilangan rumah dan masalah ini perlu dibawa berbincang dengan penduduk yang terlibat,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, di RPA Sungai Dulang, di sini, kelmarin.

Razali berkata, jumlah tunggakannya cuma RM7,411 dan kadar bulanan sebanyak RM137 masih terus dibayar.

"Masih ada enam tahun lagi tempoh untuk melangsaikan bayaran rumah berkenaan yang akan tamat pada 2016," katanya.

Tempoh terlalu singkat

PNB cadang bina menara alasan ‘Pak Pandir’

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB) adalah alasan Pak Pandir.
“Ini adalah alasan ‘Pak Pandir’ dan melucukan daripada seorang Perdana Menteri,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Baginya, kenyataan itu seolah-oleh hendak melepaskan bebanan kepada PNB, bukannya kepada Najib sendiri.
Ini, menurutnya kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak.
Tambahnya, wang sebanyak RM5 bilion untuk membina menara setinggi 100 tingkat itu mampu membina 1,667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.
Katanya, PAS berpendapat, kalau pun benar itu cadangan daripada PNB kenapa Najib sebagai orang yang berkuasa dan tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara.
“Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB,” ujarnya sinis.
Soalnya lagi, bukankah Najib selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli Parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektar  tanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunei yang bernilai RM320 bilion.

Tuesday, October 19, 2010

BAPA SAUDARA ANWAR RUPA2NYA PENYANGAK

BAPA SAUDARA ANWAR RUPA2NYA PENYANGAK


Wah dah 2 hari tak update blog..tentu lega sikit si penyangak yang jadi Timbalan Ketua cabang PKR Batu Kawan ni..ha ha..bukan apaaku bz sikit..maklumlah bukan macam sipenyangak ni yang cari makan dengan kelentong sana kelentong sini. fitnah sana fitnah sini.

Siapa Abu mansor ni? Dia kata dia pak menakan Anwar. betui ka...? Mungkin betui tapi bila dia dok habag kat orang yang dia ni leh rapat dengan anwar, ini semua kelentong. kalau betui dia rapat dengan anwar tentu tak duduk kat tempat dia lani. SayFool yang mai dari mana pun tak tau tiba2 boleh jadi pembantu peribadi anwar takkan pak menakan dok kat cerok kampong tok panjang lagi kot.

Dia ni tak lebih dari manusia yang cari makan dalam politik walaupun politik dia tak tegha mana. dulu sebelum PR menang di penang dia ni ntah dimana. dia akan timbul setiap kali ada pilihanraya. pasai apa? pasai time Pilihan raya la boleh buat duit. Dia akan mintak sponsor sana sponsorr sini. Bila orang tanya duit dia fitnah orang lain yang sapu. sampai bila dia nak menipu? Tak lama wahai penyangak Aku akan bongkar segalanya. hang tunggu saja la setiap hari pasti ada cerita pasai hang.
19,Oct

[Bergambar] Projek Membesarkan Kota Ibadah Makkah Al-Mukkaramah Siap Menjelang 2012


Mekah: Datuk Bandar Makkah, Dr Osama Al-Bar, berkata beberapa projek mega yang dilaksana di kota suci ini dijamin siap menjelang 2012.

Saudi Gazette melaporkan Osama yang juga Pengerusi serta Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Makkah sebagai berkata jaminan itu bersandarkan kepada arahan Raja Abdullah.

Antara projek berkenaan ialah Lebuh Raya Raja Abdul Aziz yang menghubungkan Makkah dan Jeddah.

Beliau berkata, pembinaan lebuh raya itu sudah bermula dan ia akan menjadi contoh untuk pembinaan jalan raya di wilayah itu pada masa depan.

Satu lagi projek yang hampir siap ialah lapan rumah penyembelihan yang dilengkapi peralatan moden dan akan diurus oleh Bank Pembangunan Islam.

Juga dalam pembinaan ialah empat terowong pejalan kaki yang menghubungkan daerah Al-Hujun dan Al-Jarwal dengan Masjidil Haram.

[Bergambar] Tragedi Bot Karam Di Tatau, Sarawak. Enam Mangsa Dikenalpasti

ua Lagi Mayat Tragedi Bot Karam Ditemui

BINTULU: Dua lagi mayat tragedi bot ekspres karam selepas berlanggar dengan tongkang di hulu Sungai Anap Tatau petang semalam, ditemui hari ini, menjadikan jumlah yang disahkan terkorban dalam tragedi itu sehingga kini ialah enam orang.

Kedua-dua mayat wanita itu, seorang daripadanya dikenali sebagai Bermas anak Nyuin, 26, ditemui pasukan mencari dan menyelamat di dasar Sungai Kakus di Ulu Tatau, kira-kira 60 kilometer dari sini.

Mayat pertama ditemui pada pukul 1.30 petang manakala satu lagi mayat ditemui kira-kira setengah jam selepas itu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mohmad Salleh.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang semalam, bot ekspres yang dalam perjalanan dari Pekan Tatu ke Hulu Kakus terbalik dan karam selepas berlanggar dengan tongkang balak. Bot itu bertolak dari Pekan Tatau pada pukul 1.30 petang.

Kabinet Najib Ada Menteri "Putar Alam"..

Felda: Ahmad Maslan menteri 'putar alam'

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan disifatkan sebagai 'menteri putar alam' apabila didakwa cuba memutar belit isu Felda.

Ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, Ahmad mendakwa Felda tidak pernah menipu peneroka berkaitan kadar perahan gred buah tandan sawit dalam kes Felda Kemahang 3.

Selain itu katanya, Felda kalah dalam kes tersebut kerana peguamnya tidak hadir pada hari perbicaraan tersebut.

Bagi kes Felda Sungai Koyan pula, beliau berkata Felda tidak kalah kerana keputusan mahkamah sama dengan pendirian Felda yang hanya akan membayar wang tanam semula kepada peneroka yang memenuhi syarat Felda.

Memo Taubat : Bapa Borek.. Anak Rintik..

Tuesday, October 19, 2010

Sabtu lalu, dihari penaman Calon bagi pemilihan MPP PKR lidah rasmi UMNO (Utusan) telah menyiarkan sebuah berita yang menyatakan Tiga wakil Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menghantar 'memorandum taubat' kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu segera bertaubat.

Menurut lidah rasmi UMNO itu ,Nor Hilmi Ismail dari PKR Bayan Baru telah menjadi wakil kumpulan 60 ahli dari tiga cabang parti yang terdiri daripada wakil Perak serta Pulau Pinang (Butterworth dan Bayan Baru), di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya

Wakil kumpulan itu, Nor Hilmi Ismail dari PKR Bayan Baru berkata, antara tujuan memorandum tersebut dihantar adalah bagi mendesak Anwar bertaubat segera berkaitan dengan kes yang melibatkan Anwar di mahkamah.

Anwar BERTAUBAT segera??

Bagaimana Nor Hilmi Ismail begitu yakin mengatakan Anwar telah melakukan kesalahan hinggakan beliau mendesak Anwar untuk bertaubat segera? Sedangkan mahkamah sendiri belum memutuskan adakah Anwar akan didapati bersalah atau tidak..


Adakah beliau juga seorang yang rapat dengan Anwar? Rapat sebagaimana rapatnya Saiful dengan Anwar atau rapat sebagaimana Dato Zahrain yang mendakwa beliau adalah kawan rapat Anwar?

Menurut Ketua AMK Pulau Pinang Saudara Amir Ghazali, Nor Hilmi Ismail bukanlah seorang ahli AMK, beliau tidak pernah menjadi ahli AMK seperti yang didakwanya.

Jika begitu Nor Hilmi Ismail orang yang berada di luar PKR, yang tidak mengenali siapa DS Anwar Ibrahim yang sebenar, mungkin beliau mengenali DS Anwar Ibrahim melalui cerita yang disampaikan oleh ayahnya Ismail Ali.

Mana Hasussani? Tegurlah kalau berani..

Tuesday, October 19, 2010

Kalaulah perkara Khurafat ini dilakukan oleh DS Nizar.. maka akan riuh rendahlah blogger Pro UMNO menyerang beliau.. tapi ianya dilakukan oleh Zambry maka mereka membutakan mata mereka..

Malahan Harussani juga telah bertukar menjadi "Syaitan yang bisu..."


Amalan Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat Melayu moden sehingga ke hari ini. Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat Melayu itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalm majlis-majlis atau perayaan tertentu. Antara adat istiadat dan perkara Khurafat yang sering dilakukan oleh orang-orang Melayu sampai sekarang antaranya ialah seperti :-

Monday, October 18, 2010

Memo taubat kerja geng jahat, kecewa

Monday, October 18, 2010

Mohd Ali Hashim


PENANTI, 17 Okt: Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman menyifatkan tindakan sekumpulan pemuda yang mendakwa menyerahkan memorandum taubat kepada ibu pejabat Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah kerja orang jahat yang kecewa.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menyampaikan sumbangan bagi meraikan 105 orang bakal jemaah haji dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, petang tadi.


"Mereka ini adalah orang upahan yang telah diasuh untuk mencemarkan imej baik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini bukanlah perkara baru yang berlaku setelah melihat kekuatan yang ada pada PKR semakin menggugat kekuatan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Di mana rakaman video testimoni Rahimi? - Raja Petra

Sunday, October 17, 2010

Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara: anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.

Raja Petra Kamarudin

Pada Jun 2008, apabila isu Liwat 2 ini meletus, saya telah pergi ke Quality Hotel di Shah Alam untuk bertemu Anwar Ibrahim dan peguam-peguamnya. Lobi hotel penuh dengan wartawan-wartawan yang dianggarkan lebih kurang 50 atau lebih, pemberita ini boleh mengesahkan pertemuan ini.

Wartawan-wartawan mula meluru ke arah saya apabila mereka melihat saya dan isteri masuk ke dalam hotel. Dengan silauan flash kamera-kamera, perakam video dan mikrofon telah ditolak dihadapan muka saya. Mereka semua mahu tahu apa tujuan saya berada di situ dan adakah ia ada kaitan dengan isu liwat ini.

Saya hanya tersenyum dan tidak menjawab banyak soalan. Saya kemudiannya naik ke tingkat atas bertemu Anwar dan peguam-peguamnya. Peguam-peguam mereka memberi saya sebuah fail tebal dengan pelbagai dokumen dan testimoni-testimoni.

“Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang UMNO dulu,”

“Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang Umno dulu,” begitulah antara intipati ucapan daripada penceramah jemputan.

Sebenarnya ungkapan ini adalah biasa bagi sesetengah orang, Bukan biasiswa saja malah ada individu yang mendakwa bagi mendapatkan pinjaman untuk TEKUN mereka dikehendaki menjadi ahli UMNO juga,tidakkah jelas kepada kita UMNO menyalahgunakan dana yang ditetapkan untuk rakyat untuk faedah mereka..

Mereka menyalahgunakan dana kerajaan untuk kepentingan mereka..

Najib dan Rosmah Ubah Suai Sri Perdana RM65 Juta

Bagi pemilik rumah ini.. RM6500 pun sudah cukuh untuk mengubahsuai
rumahnya yang kian rebah..
Pertama kali Sri Perdana yang merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri diubahsuai pada tahun 2005 dan telah menelan belanja hampir RM6 juta.

Kini diberitakan pula Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor akan menghabiskan duit Negara sebanyak RM65 Juta untuk mengubahsuai Kediaman Rasmi Perdana Menteri mengikut selera mereka berdua seolah-olah Kediaman Rasmi itu milik mereka.


Sri Perdana di Putrajaya mula di bina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya.
Dalam masa yang sama Najib menasihatkan rakyat agar berbelanja secara berhemah, jangan membazir.. tapi beliau sendiri bersikap sebaliknya..


Bayangkan andaikata RM65Juta itu digunakan untuk membina rumah kos rendah buat rakyat, katakana rumah yang berharga RM50 Ribu sahaja, kita akan dapat melihat sejumlah lebih kurang 1300 buah rumah dapat dibina untuk rakyat..

DAP: PM nyalakan 'api perkauman'

DAP menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan "kepalsuan dan retorik" untuk orang mengapi-apikan kemarahan pegawai kerajaan daripada kalangan orang Melayu bagi memastikan mereka terus menyokong kerajaan.

"Perdana menteri menunjukkan sikap sebenarnya apabila beliau menghukum pegawai kerajaan yang tidak menunjukkan kesetiaan membuta tuli kepada Umno," kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (kanan) dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada ucapan perdana menteri ketika melancarkan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan di kediaman rasminya di Seri Perdana di Putrajaya semalam.

Pua menuding kepada dua kenyataan Najib semalam yang didakwa membangkitkan prejudis kaum:

"Saya nak tanya siapakah yang mempersoalkan 153 Peruntukan dalam Perlembagaan? Hak keistimewaan orang Melayu, siapa yang persoalkan?

"Siapa yang wujudkan peristiwa tidak mendoakan Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah? Siapa yang mahu buka UiTM (kepada bukan Melayu)? Bukan UMNO tapi orang sebelah sana," Najib dipetik sebagai berkata.

Debat: Ali Rustam belum beri maklum balas

Sofi Wahab   
MELAKA, 18 Okt: PAS Negeri Melaka sehingga kini masih belum mendapat sebarang maklum balas dari Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam isu debat mengenai sekolah mengandung.
Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (gambar) dalam jawapan spontan sedia berdebat dengan Ketua Menteri Melaka berkaitan isu penubuhan Sekolah Harapan.
Menurutnya, PAS menerima cabaran debat dan bersedia pada bila-bila masa dan di mana sahaja untuk menerangkan kebenaran kepada rakyat.
Beberapa orang rakyat yang ditemui kesal dengan sikap Mohd Ali yang seolah-olah takut untuk berdebat sedangkan beliau sendiri yang mencadangkan mengenainya.
Haji Jaya Mohamad, 65, dari Bukit Katil berkata, apa yang hendak ditakutkan kerana perdebatan itu adalah untuk mencari kebenaran, bukannya atas emosi dan kepentingan diri.
"Kita mesti berbincang dan berdebat dalam sesetengah isu untuk mencari kebenaran bukannya untuk tunjuk pandai," ujar beliau.
Mohd Jas Abdul Rahman, 66, dari Taman Saujana kesal dengan sikap Umno yang tidak mahu berbincang sebelum mengambil keputusan.

Rakyat terima RM100, bukan bangunan 100 tingkat

Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 18 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengambil pengajaran daripada kezaliman pemerintahan Firaun yang zalim.
Perdana Menteri dinasihatkan demikian kerana sanggup mengetepikan tuntutan bonus dua bulan gaji oleh 1.2 juta kakitangan awam walhal dalam masa yang sama bercadang membina bangunan Menara Warisan.
"(Bajet 2011) tidak sanggup berbelanja RM3.1 bilion (bonus sebulan), tetapi kerajaan boleh mengeluarkan RM5 bilion untuk bina bangunan 100 tingkat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan pagi tadi di lobi Parlimen.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, rancangan membina menara tersebut seakan mengulangi sejarah Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri membina Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.
Menurut beliau, kerajaan sepatutnya mengutamakan kebajikan rakyat dari membina projek-projek mega yang nyata memberi kepentingan kepada kroni-kroni tertentu.
Lim menyuarakan rasa yakin bahawa kakitangan kerajaan di Pulau Pinang lebih rela menerima bantuan kewangan dari projek mega tersebut.
"Kalau rakyat Pulau Pinang, mereka lebih rela terima RM100 bantuan daripada kerajaan negeri dari terima bangunan 100 tingkat," beliau menambah.
Beliau turut mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Najib itu suatu belanjawan yang tidak mengutamakan rakyat dan pembaziran yang nyata bertentangan dengan Islam.
Jumaat lalu, Najib ketika membentangkan Bajet 2011 mengumumkan kakitangan kerajaan hanya mendapat RM500 Bantuan Khas Kewangan.
Najib sehari kemudian berkata, sekiranya pentadbirannya memberi RM3.1 juta kepada 1.2 juta kakitangan awam, kerajaan akan menanggung perbelanjaan yang lebih besar.