Mari Berniaga Bersama...

http://www.JIABiz.com/pandak

Monday, April 5, 2010

Perjumpaan Tahunan Bekas 22 RAMD

Assalamualaikum wbt..
Tarikh - Pada 01 Mei 2010
Tempat - Pantai Merdeka. Kuala Muda Kedah
Masa - Jam 8.00 pagi hingga selesai

Tuan-tuan sekelian seperti biasa acara tahunan perjumpaan semula bekas-bekas 22 MD akan di adakan ditempat sama ia itu di Pantai Merdeka Kota Kuala Muda Kedah. Sila maklumkan atau hebah-hebahkan kepada semua supaya dapat meluangkan masa untuk hadir.
Saya juga akan mengambil kesempatan untuk menghebahkan akan keujudan blog yg tak sepertinya ini. Tujuan hanya satu supaya ada satu mekanisma pengumpulan data-data bekas-bekas dan disimpan secara efektif bagi tujuan rujukan pada masa akan datang. Juga sebagai medium saluran berita dan gambar- gambar terkini semasa tentang semua bekas 22 di mana saja mereka berada.
Diharap blog ini juga nanti akan menjadi saluran menyambungkan berita dan apa saja yang hendak dihebahkan kepada semua. Walau bagaimana pun saya mohon maaf kerana blog ini masih lagi terdapat banyak kekurangannya.
Sekiranya tuan-tuan mempunyai sebarang cadangan atau komen untuk memperbaiki lagi blog ini, jangan segan untuk berbuat demikian dan sangat-sangat di alu-alukan.

Hubungi saya melalui e-mel : kincut80@yahoo.com
Tel : 012-8350272
1020410 - Mohtarrudin Rahmat.

No comments:

Post a Comment