Mari Berniaga Bersama...

http://www.JIABiz.com/pandak

Saturday, July 10, 2010

Teknologi India,Indonesia VS Malaysia

BANTING, 11 Julai: Sebanyak 23 sekolah milik Kerajaan Negeri Selangor mendapat sumbangan komputer yang disampaikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam usaha meningkatkan daya pencapaian pelajar terhadap keperluan teknologi masa kini.

Majlis anjuran bersama Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) diadakan dalam suasana meriah di Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (Mitib), dekat sini, semalam.

Penyerahan komputer itu adalah proses menyempurnakan pelaksanaan program makmal komputer dana jalur lebar serta wifi sekaligus meningkat dan memantapkan kemahiran guna komputer antara guru dan murid.

Ia juga bertujuan melengkapkan prasarana ICT di semua sekolah bawah kerajaan negeri ke arah menjadikan Selangor sebagai negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.



Sekolah penerima itu terdiri daripada Mitib sendiri,Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Cawangan Klang, Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Bandar Baru, Sekolah Menengah Islam (SMI) Hira', SMI Puchong, SRAI Seksyen 19 Shah Alam, SRAI Seksyen 7 Shah Alam.

Sekolah Rendah Agama Islam Al-Farabi, Sekolah Rendah Agama Kampung Delek, Sekolah Menengah Al-Farabi. SRAI Tengku Ampuan Fatimah Batu Belah, SRAI Taman Keramat, SRAI Sungai Chincin, Sekolah Menengah Agama Ilmi Ampang Jaya, Maahad Ihya' Al-Ahmadi.

Sekolah Menengah Agama Harapan, Madrasah Darul Mujahidin, SRAI Sungai Manggis, SRAI Muhammadiah, SRAI Salak Tinggi, Sekolah Rendah Islam Al-Abqari, SRAI Pekan Beranang dan SRAI Bandar Baru Bangi.

Dalam ucapannya, Abdul Khalid menyarankan pelajar aliran agama yang mempunyai kekuatan menguasai segala cabang ilmu termasuk menghafaz Al-Quran agar menguasai bidang teknologi yang menjadi medium paling mudah dan cepat berhubung antara bandaraya dalam dunia sekarang ini.

"Mereka yang dapat menguasai bidang agama yang lengkap dengan penguasaan teknologi yang hebat pada satu hari akan dapat menguasai cakrawala," demikian semangat tinggi yang dititipkan oleh Tan Sri Khalid kepada seluruh hadirin terutamanya kepada pelajar yang mendengar ucapannya dengan penuh teliti.

Menteri besar juga turut menceritakan bagaimana pengalaman beliau melawat dua tempat berteknologi tinggi di dunia di Bangalore, India dan Semarang di Indonesia yang dapat menguruskan aliran perkhidmatan yang tempahannya dibuat dari San Francisco dan Paris.

Dengan menggunakan teknologi, ujarnya, khidmat kereta sewa di San Francisco diuruskan oleh syarikat online yang terletak di Bangalore, India, begitu juga tempahan cetakan skala tinggi dari Paris dapat diterima dan disempurnakan dalam masa satu jam sahaja oleh pencetak yang terletak di Semarang, Indonesia.

kerana itu, tidak mustahil jika ada dalam kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar di sini yang dapat menguasai segala ilmu tentang teknologi tinggi dengan penuh kemahiran, Jugra juga boleh berhubungan terus dengan New York, tegasnya lagi.

Tan Sri Khalid juga berkata apa yang mahu dilahirkan oleh kerajaan negeri adalah pelajar yang berusaha kuat sehingga mencapai tahap doktor yang menghafaz Al-Quran di masa sama, mereka juga merupakan ahli teknologi yang hebat.

Perkara ini bukan satu yang mustahil untuk dicapai kerana pernah berlaku di era kegemilangan Islam ketika zaman sahabat Nabi SAW. namun, jelasnya, bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan di zaman ini yang memerlukan usaha berlipat kali ganda yang langkahnya sedang dilakukan sekarang.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali berharap dengan adanya penambahan alat canggih itu berupaya mendatangkan semangat berusaha bagi menambahkan kemahiran guru dan meningkatkan lagi hasil kerja pelajar di semua sekolah berkenaan.

No comments:

Post a Comment