Mari Berniaga Bersama...

http://www.JIABiz.com/pandak

Saturday, August 14, 2010

Nazir Razak kata DEB telah 'dipernyataan-haramkan'

Regina Lee
Ogos 14, 10
4:57pm
 Dasar Ekonomi Baru (DEB) menerima antara bidasan yang paling perit apabila ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Abdul Razak mengambarkan dasar itu sebagai sesuatu yang telah 'dipernyataan-haramkan' dan menyimpang daripada tujuan asalnya.

"DEB seolah-olah dilihat seperti dipernyataan-haramkan (bastardisation),” katanya pada sessi soal-jawap selepas menyampaikan cermahnya pada Kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur petang ini.

Katanya, dasar yang bertujuan membasmi kemiskinan itu sebenarnya telah menjadikan hanya sekumpulan kecil masyarakat yang kaya.

"Apa yang saya tidak faham ialah memberikan golongan itu Permit Import (AP).

"Sekiranya anda hanya mahu sekumpulan kecil orang menjadi kaya, sebaik-baiknya berikan sahaja wang kepada mereka,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh kira-kira 500 peserta yang menghadiri majlis anjuran MCA itu.



Nazir juga berkata MBE perlu menyandarkan kepada kepelbagaian Malaysia mengikut kaedah yang menyediakan sokogan bagi syarikat Malaysia berkembang ke perigkat serantau.

"Kejayaan yang dicapai oleh CIMB, Axiata, YTL dan AirAsia juga boleh dilaksanakan di Malaysia. Syarikat sedemikian telah menarik bakat rakyat Malaysia walau di mana sahaja mereka berada.

"Kita memerlukan lebih banyak syarikat Malaysia, malah pada tahap enterpris kecil dan sederhana (EKS) untuk merentasi sempadan nasional," kata Nazir, sambil menyatakan bahawa beliau berharap MBE akan mewujudkan satu kerangka bagi merangsang pertumbuhan percambahan syarikat merentasi sempadan nasional Malaysia.

Katanya nilai kepelbagaian sangat difahami di dalam dunia perniagaan.

"Kepelbagaian di dalam portfolio boleh mengurangkan risiko, kepelbagaian di dalam tenaga kerja jualan diterjemahkan kepada liputan pelanggan yang lebih baik dan kepelbagaian di dalam pemikiran meluaskan julat penyelesaian kita," katanya.

Menurutnya kepelbagaian memupuk kreativiti dan kepakaran kebudayaan yang diperlukan untuk membina dan mengembangkan perniagaan serantau.

No comments:

Post a Comment