Mari Berniaga Bersama...

http://www.JIABiz.com/pandak

Tuesday, May 4, 2010

Skot Yang Memerlukan Bantuan
















Masih kenalkah dengan skot ini?.....
Beliau adalah 1020412 (KPL ) Mohd Ibrahim Jatin, beliau sedang menderita diserang angin Ahmar sejak tahun 2005. Hingga kini walaupun semakin pulih namun masih belum berupaya melakukan apa-apa kerja. Lebih memilukan isteri beliau juga telah pergi menemui Ilahi pada Oktober 2009.



Kini tinggal beliau dalam keadaan serba tidak berkeupayaan merayu sedikit simpati daripada skot semua berbentuk bantuan kewangan. Saya bersama Kamar ( Semboyan ) sempat melawat beliau dirumahnya pada 04 Mei 2010. Rasa pilu dan hiba melihat keadaan beliau yang walaupun kepayahan tetap senyum menyambut kedatangan kami.

Beliau melahirkan rasa terharu kerana kami sudi datang melawat, juga berterima kasih pada saya sanggup datang melawat walau dari jauh. Untuk skot semua memberi sedikit sumbangan berikut disertakan nama bank dan nombor akaun beliau.

Nama Bank : MayBank Bhd.
No. Akaun : 5612 2208 6453.
Tel: 017-5503683

No comments:

Post a Comment