Mari Berniaga Bersama...

http://www.JIABiz.com/pandak

Wednesday, October 20, 2010

PNB cadang bina menara alasan ‘Pak Pandir’

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB) adalah alasan Pak Pandir.
“Ini adalah alasan ‘Pak Pandir’ dan melucukan daripada seorang Perdana Menteri,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Baginya, kenyataan itu seolah-oleh hendak melepaskan bebanan kepada PNB, bukannya kepada Najib sendiri.
Ini, menurutnya kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak.
Tambahnya, wang sebanyak RM5 bilion untuk membina menara setinggi 100 tingkat itu mampu membina 1,667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.
Katanya, PAS berpendapat, kalau pun benar itu cadangan daripada PNB kenapa Najib sebagai orang yang berkuasa dan tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara.
“Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB,” ujarnya sinis.
Soalnya lagi, bukankah Najib selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli Parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektar  tanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunei yang bernilai RM320 bilion.


“Nampaknya pemimpin Umno cuba hendak menyalahkan orang lain ketika tidak mampu menghadapi satu situasi,” katanya lagi.
Ini, tambahnya samalah dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya apa tindakan terhadap dua orang pengetua yang dituduh rasis menyatakan beliau tidak ada kuasa sebagai seorang menteri kerana bukan bidang kuasa menteri.
“Sedangkan jawapan ini, orang buta dekat Pagoh pun ketawa,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment