Kita jangkakan ketika mereka berkuasa sahaja kegiatan menggadai dan menjual Tanah Rezab Melayu ini berleluasa. Namun jangkaan kita meleset sama sekali. Ketika telah dihumban menjadi pembangkang pun, kegiatan menggadai hak bumiputra dan hak orang Melayu diteruskan oleh puak umno ini.
Ingin kita dedahkan usaha Ketua Pembangkang DUN Selangor Satim Diman untuk menggadai dan memindah-milik dua bidang tanah Umno Bahagian Puchong (HSD 247141 PT 73899 dan HSD 247142 PT 73900) kepada sebuah syarikat bukan milik Bumiputera, Lagi Gemilang Development Sdn Bhd.
Bagaimanapun, hasrat Satim Diman terbantut apabila Pentadbir Tanah serta Pengarah Tanah dan Galian Selangor tidak memberikan sokongan seterusnya ditolak oleh YAB TS Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.
Cuba bayangkan jika mereka kembali berkuasa. Siapakah yang dapat menahan sikap rakus mereka menggadai serta menjual apa saja yang ada di atas muka bumi ini? Soal mempertahankan hak Melayu, bagi golongan umno ini hanya untuk dicetak atau diheboh-hebohkan dalam media arus perdana bagi menipu bangsanya sendiri.Apakah layak Salim Diman dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang jika inilah contoh tindak-tanduk beliau menggunakan kedudukannya untuk melakukan perkara-perkara yang jelas amat merugikan bangsa Melayu.

KUALA LUMPUR, 25 April: Jawatankuasa 1 Mei yang terdiri daripada lebih 60 kumpulan masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik akan mengadakan perarakan sempena Hari Pekerja dengan tema ‘Harga Barang Naik, Gaji Bila Lagi" pada 1 Mei ini.
Bagaimanapun, cubaan ini gagal apabila RPK (gambar kanan) menyatakan bahawa dirinya hanya bersedia memberi keterangannya kepada polis di hotel. "Drama" ini akhirnya melabuh tirai, menurut tulisan RPK dalam
KOTA BHARU, 24 April: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mencabar Pergerakan Pemuda Umno untuk menyatakan pendirian terhadap gesaan Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok agar akhbar lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia dipulaukan oleh rakyat Malaysia.
KEPALA BATAS, 21 April: Kerajaan Malaysia patut meniru langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan Wi-Fi percuma kepada keseluruhan rakyat bukannya memperkenalkan Email 1 Malaysia yang mempunyai motif tersendiri untuk menyelamatkan kedudukan syarikat Tricubes Berhad yang terumbang ambing.

Laporan yang bakal disiarkan di Buletin Utama itu akan menyaksikan S Nallakarupan (kiri) membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber-sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan.
Strategi tersebut iaitu isu kerajaan perpaduan, polemik kalimah Allah, tindakan Umno menghantar Tun Abdullah Ahmad Badawi menemui pemimpin utama PAS dan video lucah mirip pemimpin Pakatan Rakyat.
Percaya atau tidak, tapi itulah hakikatnya. Gani Patail, Peguam Negara kini dilihat lebih berkuasa daripada Perdana Menteri Malaysia, malah lebih berkuasa daripada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Bercakap kepada TV Selangor, Tian Chua berkata bukan hanya rencana terbitan media kawalannya yang mendesak supaya digerakkan gelombang "1 Melayu, 1 Bumi" diutamakan, bahkan NGO proksi Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) juga mendesak kerajaan meminggirkan masyarakat Cina yang didakwa sanggup “membalas susu dengan tuba”.
GEORGETOWN, 21 April: Umno Pulau Pinang sehingga kini gagal menghantar atau menyerahkan walaupun satu nama berhubung dakwaan sebelum ini yang menyatakan terdapat segolongan warga emas ingin mengembalikan wang RM100 pemberian kerajaan negeri.
Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan negeri, Rodziah Ismail (gambar) berkata projek-projek internet percuma yang sedang giat dijalankan di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor adalah sebahagian daripada manifesto Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang mengutamakan kehendak dan kepentingan rakyat.
TEMERLOH, 21 April: Kenapa PAS dikritik pedas oleh beberapa orang penulis, penganalisis politik dan juga blogger sejurus selepas kegagalan parti menawan sebarang kerusi di Sarawak?
APABILA diberitahu pihak Polis kini menumpukan kepada kes siapa yang menayangkan video lucah di Seri Carcosa, maka terasa `panas' pula geng `three strooges' @ Datuk T dibuatnya. Kenyataan yang menampakkan gelabah itu datangnya dari Datuk Shuib Lazim yang mendakwa `ketidakadilan' berlaku terhadap trio mereka.
Pada tarikh itu, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay dan Datuk Shuib Lazim menayangkan sebuah video kepada media dan ahli politik terpilih untuk “membuktikan' Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur. 



