Mari Berniaga Bersama...

http://www.JIABiz.com/pandak

Video Klip sana-sini tentang skot...

Loading...

Sunday, April 24, 2011

Raja Petra bersedia beri keterangan polis hanya di hotel

MerdekaReview | Apr 24, 2011 01:27:55 pm

 
Kemunculan Raja Petra Kamaruddin (RPK) di Bangkok semalam untuk memberi ucapan kepada Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) telah menarik perhatian polis, dan polis cuba mengambil keterangan daripada blogger yang kontroversial ini di Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok.
Bagaimanapun, cubaan ini gagal apabila RPK (gambar kanan) menyatakan bahawa dirinya hanya bersedia memberi keterangannya kepada polis di hotel.  "Drama" ini akhirnya melabuh tirai, menurut tulisan RPK dalam Malaysia Today, apabila ACP Aziz yang ditugaskan untuk mengambil keterangannya "tidak lagi berminat untuk berbuat demikian".
RPK dijadualkan untuk berucap kepada MCLM pada jam 6 petang semalam di Bangkok.  Sebelum ia bermula, RPK didampingi seorang pegawai polis dari Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan meminta agar RPK mengikutnya ke Kedutaan Besar untuk diambil keterangan.  RPK dimaklumkan bahawa ACP Aziz dari Kuala Lumpur sedang menunggunya.
Sebelumnya, Timbalan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pegawainya telah meminta agar RPK memberi keterangan setelah mengetahui RPK akan muncul di Bangkok, menurut The Star Online.  Keterangan ini diambil berikutan laporan polis yang dibuat oleh satu pertubuhan bernama Jaringan Melayu Malaysia.
Bagaimanapun, dalam tulisan RPK di Malaysia Today, beliau berkata ada pihak telah membuat satu laporan polis berdasarkan "liputan Utusan Malaysia terhadap wawancara TV3 bersama RPK", yang menyebabkan dirinya diminta untuk diambil keterangan.

Satu wawancara TV3 bersama RPK telah disiarkan sebelum hari pengundian PRN Sarawak, antaranya penjelasan RPK terhadap tuduhan yang dibuatnya dalam Akuan Bersumpah, yang mengaitkan isteri Perdana Menteri sekarang, Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.  Beliau juga melontarkan kritikan terhadap Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim dalam bahagian kedua wawancara yang disiarkan.
RPK bagaimanapun menafikan dirinya "membelot" dari perjuangan, malah Presiden MCLM Haris Ibrahim mendakwa wawancara yang disiarkan tersebut disunting sehingga "terpesong dari konteks sebenarnya".  Namun demikian, wawancara tersebut memberi peluang kepada Perdana Menteri Najib Razak untuk mendakwa bahawa nama dirinya telah dibersihkan.

No comments:

Post a Comment