Mari Berniaga Bersama...

http://www.JIABiz.com/pandak

Video Klip sana-sini tentang skot...

Loading...

Tuesday, April 19, 2011

Shuib: 'Tidak adil' jika didakwa sebar video

Shuib: 'Tidak adil' jika didakwa sebar video
Salhan K Ahmad
Apr 19, 11
3:48pm
Kongsi 397
Salah seorang daripada trio 'Datuk T', Datuk Shuib Lazim berkata, mereka tidak berniat untuk menyebarkan video lucah yang didakwa melibatkan seorang tokoh utama pembangkang.
Oleh sebab itu, Shuib menyifatkan sebarang tindakan yang mungkin dikenakan ke atas mereka sebagai "tidak adil" kerana mereka tidak sepatutnya didakwa atas tuduhan berkenaan. 


NONE"Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Pemberita yang akan jadi saksi (dalam kes tayangan video berkenaan).
"Tak adil... Kalau betul kita nak sebarkan, kita boleh buat 10,000 salinan. Itu barulah boleh kata sebar (bahan lucah).
"Tapi kalau polis kata kita salah, kita tanggunglah," kata Shuib lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu kenyataan polis semalam yang menyatakan bahawa trio berkenaan mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks tersebut.
'Tunjuk semua, biar terang'
Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa satu video pendek yang tersebar di Internet sejak awal bulan ini merupakan sebahagian daripada video penuh sepanjang 22 minit.
Shuib bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu bagaimana video berkenaan boleh tersebar di Internet memandangkan rakaman asal dan serta satu salinannya telah diserahkan kepada polis.
"Ada satu (rakaman) asal, ada satu salinan. Semuanya polis telah ambil, kesemuanya sekali. Sebab itulah tak sepatutnya bocor.
"Buat apa tunjuk sikit sangat? Sepatutnya tunjukkan semua terang-terang. Tak payahlah tunjuk sikit-sikit," katanya secara berseloroh.
NONENamun, Shuib turut mengakui bahawa beliau turut berasa terkejut apabila mengetahui bahawa video pendek itu telah berlegar di Internet.
Jelasnya, beliau tidak tahu menahu mengenai tulisan dalam bahasa Thai yang tertera di imej video pendek tersebut.
"Semuanya buat di sini," katanya lagi yang turut menafikan spekulasi bahawa video berkenaan mungkin dirakam di negara berkenaan.
Dalam pada itu, beliau turut menggesa supaya pihak polis membuat pemeriksaan DNA ke atas seutas jam tangan yang dikatakan telah diambil daripada lokasi penggambaran berkenaan.
"Sepatutnya (polis) buat (ujian) DNA sebab dekat situ mungkin ada daki (pelaku seks tersebut," tegasnya.
Jam tangan berkenaan juga telah diserahkan kepada polis, katanya lagi.
Video lucah versi penuh itu ditayangkan kepada sekumpulan wartawan oleh Shuib dan dua lagi individu – bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan juga seorang usahawan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Selain tayangan pada 21 Mac kepada sekumpulan wartawan yang diadakan di sebuah hotel ternama, video berkenaan juga telah ditunjukkan kepada beberapa orang individu berkepentingan.
Timbalan pengarah jabatan siasatan jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani semalam dilaporkan berkata, individu terbabit mungkin dikenakan tindakan memandangkan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan itu menjurus kepada pihak yang menayangkan video berkenaan.

No comments:

Post a Comment