Kita jangkakan ketika mereka berkuasa sahaja kegiatan menggadai dan menjual Tanah Rezab Melayu ini berleluasa. Namun jangkaan kita meleset sama sekali. Ketika telah dihumban menjadi pembangkang pun, kegiatan menggadai hak bumiputra dan hak orang Melayu diteruskan oleh puak umno ini.
Ingin kita dedahkan usaha Ketua Pembangkang DUN Selangor Satim Diman untuk menggadai dan memindah-milik dua bidang tanah Umno Bahagian Puchong (HSD 247141 PT 73899 dan HSD 247142 PT 73900) kepada sebuah syarikat bukan milik Bumiputera, Lagi Gemilang Development Sdn Bhd.
Bagaimanapun, hasrat Satim Diman terbantut apabila Pentadbir Tanah serta Pengarah Tanah dan Galian Selangor tidak memberikan sokongan seterusnya ditolak oleh YAB TS Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Apakah layak Salim Diman dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang jika inilah contoh tindak-tanduk beliau menggunakan kedudukannya untuk melakukan perkara-perkara yang jelas amat merugikan bangsa Melayu.
Syabas kepada YAB Dato' Seri Menteri Besar Selangor serta jentera pentadbirannya yang tidak lagi mudah tunduk kepada tekanan dan desakan golongan umno yang sudah tercungap-cungap mencari 'talian hayat' untuk terus bernyawa di Selangor. Kalau sehingga 'tanah m8ilik sendiri' pun cuba hendak digadai, faham-faham sajalah.




Grafik ihsan: Tulang Besi
No comments:
Post a Comment