Obama tak setuju gambar kematian Osama disiar


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menentang penyiaran gambar kematian Osama bin Laden ketika wujud kebimbangan bahawa imej yang mengerikan boleh mencetuskan rasa marah, walaupun ia boleh menjadi bukti nyata kematian pemimpin al-Qaeda itu.

Presiden Amerika Syarikat itu membuat keputusan demikian terhadap langkah untuk menyiarkan gambar Osama kepada umum selepas perdebatan hangat dalam kerajaan berkaitan kesan yang mungkin timbul sekiranya disiarkan.

Sementara itu di Islamabad, gambar yang diperoleh Reuters dan diambil sejam selepas serangan komando Amerika ke atas kediaman Osama di Abbottabad menunjukkan mayat tiga lelaki di laman tetapi tiada sebarang senjata di sisi mereka.

Menurut laporan Reuters itu, tiada seorang pun yang kelihatan seperti Osama.
Obama memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar mayat Osama kerana bimbang ia akan menggalakkan keganasan dan digunakan sebagai propaganda al-Qaeda.
- Agensi
20 comments
- Shaharudin Mohamad ·
Top Commenter · University of Applied Science Konstanz Germany
Lihatlah gentlement pepimpin yg bukan beragama Islam ini..dia lihat penentangan berlaku tidak disebarkan lagi gambar kematian Obama..tapi cuba kita lihat di Malaysia pula..dah terang2 rakyat, ulamak menolak video sex, cerita sex di sebarkan oleh media..tapi media tak serik2 terus menyebarkannya....rakyat pula dirosakan mindanya..PM pula merestuinya..DUNIA SUDAH TERBALIK!- Shaharudin Mohamad ·
Top Commenter · University of Applied Science Konstanz Germany
- Albert Chin ·
Top Commenter · Universiti Sains Malaysia
- Antimamak Mamak ·
Top Commenter · Kerala University
- Abdullah UmayrDia taknak siarkan sbb mmg dia penipu bkn Osama yg dibunuh, pastu nak hapuskan smua bukti dia nak buang dalam laut. apa laa... tipu pun buat laa homework.
- Cip Fulan ·
Top Commenter · Works at Kerja sendiri
Tunjuk je la... bukan ke US selalu menunjuk2 jika mendapat sesuatu 'kejayaan'? dulu US pernah menyebarkan video rakyat asing yg disembelih oleh militan utk meningkatkan kemarahan masyarakat antarabangsa kpd islam boleh plak... US hanya pandai menaikkan kemarahan org bukan islam terhadap islam tetepi takut dgn kemarahan dan kebangkitan islam... - ضامام Dhamam ·
Top Commenter · Friends with Ady Kaloy
Obama perlu belajar dari Malaysia, mereka perlu siarkan gambar atau video jenazah Osama(walaupun belum tentu betul) seperti Malaysia siarkan rakaman video seks! hehehe...- Hamzah Mahmod ·
Top Commenter
- Mohd Abu Dahiran · Works at Businessman
No comments:
Post a Comment