Mari Berniaga Bersama...

http://www.JIABiz.com/pandak

Wednesday, May 4, 2011

Pulau Pinang tak terima wang dipulangkan

Mei 4, 11 4:03pm
Kongsi 102
Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan menerima wang RM23,700, hasil kutipan daripada warga emas yang enggan menerima wang ihsan itu yang didakwa diperoleh daripada hasil judi.




NONEKetua Menteri Lim Guan Eng (kiri) berkata kerajaan negeri enggan menerima wang yang dikreditkan oleh Umno ke akaun bendahari kerajaan negeri kerana ia dipulangkan dengan cara tidak betul selain meragui sumber wang tersebut.

"Saya sudah meminta Pegawai Kewangan Negeri (Mohd Mokhtar Jait) untuk menyediakan satu cek berjumlah RM23,700 untuk dikembalikan kepada Umno secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar di George Town, hari ini.

Warga emas berkenaan memulangkan wang RM100 yang diterima masing-masing daripada kerajaan negeri berikutan terdapat dakwaan yang menyatakan kerajaan negeri menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri ini.





54 comments

  • Che Ibrahim Mohamed · Works at Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
    YB-YB umno di p pinang pun kena pulangkan balik elaun mereka dan selepas ini jgn ambil lg elaun @ apa wang dr krjaan negeri kerana dibimbangi duit haram....kerajaan PUsat wat BN perintah dok makan hasil judi tak apa...
    • Rushdan Mustafa · Universiti Malaya
      mereka yg lapar duit....
    • Ezz Wan · Top Commenter · Works at Government
      sepatutnya mmg mcm tuh...bercakap serupa bikin lah..selama ni Umno kenal ke halal haram???semua yg haram die sapu jew..yg penting kepentingan politik tercapai...skrg baru nk berkokok mengatakan duit p.p haram dsbganya...yg diorang mkn rasuah selama ni halal kew?
    • Isa Bin Ahmad Isma · Top Commenter · Sulaiman
      hasil judi satu cerita tp duit rasuah blh lak guna tp para ulamak umno n khir tk bising lak pelik kn.....
  • Zul Suhaile Abdul · Top Commenter · SOUTHERN FACIFIC UNIVERSITY USA
    betulke wang tu dari warga emas atau dari kroni unmo kata 1000 org warga emas yg tak sudi terima @RM100ribu bakinya pergi ke mana kerna 23k saja yg hantar balik...............................
  • Percy Jackson · Top Commenter · Nizhny Novgorod State Medical Academy
    pemimpin BN makan rasuah berjuta2 tuh xharam pulak ye..bayaran royalti kapal selam berjuta2 xharam lah pulak...haizzz...hangpa pi terima cukai tokey genting highland tuh xharam lah pulak...makan kenyang2 lah pemimpin BN sekalian...harta haram nih korang bawak mati nnti pun xguna laaa...setakat org tua terima 100 ringgit pun xnk makan...korang sumbat anak bini korang dgn duit2 rasuah dan duit2 rakyat tuh korang ingt halal ka? haram duh..
  • Pakngah Rock · Top Commenter · Kuli batak at Pencari rotan
    Sepatutnya warga2 emaslah yang memulangkan wang ikhsan tersebut kepada kerajaan negeri. Kenapa perlu menggunakan Umno sebagai orang tengah? Lagi sekali Umno hendak menjadi jaguh kampung. Sungguh malang warga emas Pulau Pinang dimanipulasi oleh Umno.Heiiiiiiii.
  • Abdustar Noor Mohd · Top Commenter
    Tahniah YB pulangkan balik duit tu kpd umno...kalau benar ada warga emas yg mahu memulangkan pemberian Kerajaan Negeri tersebut mereka hendaklah mengikut prosidur yg betul dgn mengisi borang pemulangan yg disediakan secara individu...UMNO memang PENIPU semalam mereka kata UMNO tdk terlibat...pungutan dibuat oleh NGO dan serahkan kpd UMNO utk memulangkan kpd Kerajaan Negeri....NGO mana yg bangang sangat tu? tau mengutip tapi tak tau nak serah kpd Kerajaan....
    • Koyoka Kakatuk Ma · Top Commenter
      Ahli-ahli UMNO tu yg buat pungutan sendiri....tipu je tu...pura-pura guna nama NGOK....biasa lah dorang tu pandai putar belit fakta.....jangan-jangan duit pungutan tu pun ntah dapat dari mana...
    • Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter
      Ya! ikut prosedur yg btul! Ntah2 duit tu duit mereka sendiri yg ntah dari mana punca, dan bukan duit warga emas pun!!
    • Hby Nkl · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      hehehehhehe bang Abdustar Noor Mohd...... tu bukang NGO tuhhh... tu NGOK tuuu banggg... org ganu panggey NGOK ni hok pesen brahi panjat pokok nyior tuuuuu...
  • Mohd Ibrahim · Top commenter · Universiti Malaya
    kalau baca komen2 kat Malaysiakini ni, kita dapat rasakan betapa tebalnya perasaan curiga dan hasad dengki dalam kalangan rakyat Malaysia, seolah2 kita hidup dalam satu negara yang amat teruk, perkataan barua, tuduhan rasuah, fitnah dsbnya macam tak bawa sebarang makna. Tulis soal hukum, dalam masa yg sama maki mcm2. Semangat assabiyah terlalu tebal hingga menghalang pemikiran yg rasional, langsung xdak beza macam perangai arab jahiliyyah dulu.
    • Mohd Norezam Abdullah · TBS Tampin
      2x5 ,5x2= ////////??????
    • Hanim Jabar · Top commenter
      mohd ibrahim...tahu pun kau, tapi kau tahu tak kenapa berlaku seperti ini? .. buatlah kajian sendiri dgn akal yang waras dan tepuk dada tanya selera. hal ini sama seperti masalah mat rempit, bohsia, ragut, belasah orang, rogol dan terkini bunuh membunuh.- puncanya sama dan kajilah lebih detail. tak payah syor kembali kpd islam sebab orang bukan kesah pun dgn islam cuma tahu cakap jee...
    • Mohdruzi Alias · Top commenter
      buat ape tanya selera ...nanti perut boroi....
  • Iskandar Zulnine · Top commenter · Penang, Malaysia
    nampak gaya semua kakitgn kerajaan dah tak blh ambik gj le lps ni sbb duit haram, toto, magnum, 3d, kedai judi genting.... kesian...begitulah rendah ilmu pemimpin umno bangang.
  • Md Jeffrey · Top commenter
    yang umno terang2 meluluskan judi tu apa kes?
  • Shahrul Nizam · Top commenter · Seri Kembangan
    Bagus apa yang Lim Guan Eng buat tu.. duit yang UMNO pulangkan tu harus diragui sumbernya.. entah dari rasuah ke, rompak ke dsbnya.. kalau nak pulangkan, senaraikan la nama warga2 emas yg pulangkan tu beserta dengan tanda tangan mereka..
  • Nurul Alya Husna Mohamad · 台中技術學院
    Jangan bagi balik kt umno. Rugi nanti.

No comments:

Post a Comment