Monday, May 9, 2011
Aku mencari didalam kebanyakkan portal on-line baik dari Malaysiakini, The Malaysian Insider, Harakahdaily, Keadilan daily mahupun Agendadaily tapi tak berjumpa..
Akhirnya aku terjumpa juga di dalam Free Malaysia Today.. korang baca kat bawah..
Jika Mahathir sendiri yang pernah menerajui UMNO selama lebih dari 20 tahun telah berkata pemimpin Umno hari ini berjuang untuk kepentingan sendiri bukannya untuk kepentingan bangsa, agama dan Negara secara tidak langsung Tun juga mengatakan bahawa pencacai-pencacai UMNO telah ditipu oleh pemimpin mereka..
Mereka telah diperbodohkan oleh pemimpin mereka kerana sifat taksub yang melampau hinggakan mereka menjadi buta untuk melihat hakikat sebenar pemimpin yang mereka sanjung itu..
Dr M ramal pilihan raya bukan tahun ini
KUALA LUMPUR: Tun Mahathir Mohmad meramalkan pilihan raya umum tidak akan di adakan pada tahun ini.
“Kalau buat sekarang Umno akan kalah kerana isu perkauman sedang kuat.
“Umno pula dalam kedudukan yang lemah walaupun tidak terlalu lemah.
“Tetapi terpulang kepada perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata bekas perdana menteri selepaas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Cheras hari ini.
Dr Mahathir menjawab soalan wartawan mengenai tarikh pilihan raya umum ke 13.
“Tunggu habis edah” tambahnya dengan nada bergurau.
Menurut beliau, Umno berada dalam kedudukan lemah kerana orang Melayu marah dan tidak menyokongnya.
“Orang Melayu melihat pemimpin Umno hari ini berjuang untuk kepentingan sendiri.
“Mereka nampak pemimpin Umno mengejar harta, kontrak dan AP (permit yang diluluskan, bukan lagi untuk bangsa, agama danb negara,” katanya.
Dr Mahathir ekstremis sama ada parti politik dan individu kini muncul kerana kerajaan yang ada hari ini lemah.
Menurutnya, ekstremis tidak muncul sepanjang beliau menjadi perdana menteri selama tahun.
“Ada juga segolongan orang Cina yang ekstrem. Tetapi orang Cina tidak larang dia bercakap.
“Dalam Umno ada ekstremis juga,” tambahnya.
Free Malaysia Today
No comments:
Post a Comment