Mari Berniaga Bersama...

http://www.JIABiz.com/pandak

Video Klip sana-sini tentang skot...

Loading...

Thursday, May 12, 2011

Rakyat Desak Kerajaan Tahan Si Anjing Besar Itu SEGERA


Big Dog tukar nada, paderi "mungkin" berikrar

Akhbar Utusan Malaysia yang dilanda kontroversi kerana membangkitkan isu 'negara Kristian' hari ini menyiarkan satu penjelasan ringkas berhubung dakwaan yang dilaporkan Sabtu lalu.

Akhbar berkenaan hari ini melaporkan bahawa penulis blog berkenaan, Zakhir Mohamed telah menyiarkan penjelasan tersebut semalam melalui satu tulisan bertajuk 'May God bless all of us' laman blog bigdogdotcom.wordpress.com.

"Big Dog yang mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan ikrar paderi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dalam pertemuan mereka di Pulau Pinang baru-baru ini, tampil membuat penjelasan mengenai perkara itu," laporan berkenaan dipetik.

Sejak PAS bersama Pakatan...


Mei 12, 11
3:26pm
Idris Ahmad

ULASAN Sejak PAS bersama dengan Pakatan Rakyat, maka terdapat suara sumbang supaya PAS jangan bersama Pakatan, barulah kami akan sokong PAS. Persoalannya ketika PAS bersendirian pun puak ini tidak menyokong PAS juga.
Ini hanya golongan mencari alasan sahaja. Sebenarnya mereka ialah orang yang diperalatkan oleh Umno termasuk melalui doktrin yang dibawa melalui Biro Tatanegara.

NONEBerbagai alasan supaya PAS keluar daripada Pakatan, barulah dapat melaksanakan agenda Islam yang lebih terancang, sehingga pipi tersorong-sorong untuk menyuruh PAS berpakat dengan Umno.
Sengaja saya meletakkan tajuk ini supaya menjelaskan bahawa Melayu tidak rugi kalau menjauhkan diri dari Umno. Selama ini pemimpin Umno, menganggap mereka sahaja boleh menjaga Melayu.
Sebenarnya yang rugi bila PAS bersama Pakatan ialah Umno. Umno rugi kerana tidak dapat memfaraid harta rakyat dengan rakus. Terutama negeri-negeri yang kaya seperti Selangor. Memerintah Selangor seperti memerintah Malaysia kerana di sini ialah lubuk emas.

Tuesday, May 10, 2011

Pemimpin UMNO berjuang untuk Harta, Kontrak dan AP - Tun Mahathir

Monday, May 9, 2011

Pagi tadi Astro Awani melaporkan.. Tun Mahathir telah berkata “Orang Melayu melihat pemimpin Umno hari ini berjuang untuk kepentingan sendiri. Mereka nampak pemimpin Umno mengejar harta, kontrak dan AP (permit yang diluluskan, bukan lagi untuk bangsa, agama dan negara,”.

Aku mencari didalam kebanyakkan portal on-line baik dari Malaysiakini, The Malaysian Insider, Harakahdaily, Keadilan daily mahupun Agendadaily tapi tak berjumpa..

Akhirnya aku terjumpa juga di dalam Free Malaysia Today.. korang baca kat bawah..

UMNO Pulau Pinang Mengelupur lagi..

Monday, May 9, 2011



Ustaz Salleh Man turut bersama Ketua Menteri Pulau Pinang.


Semalam ketika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hadir di majlis perasmian projek pembinaan jalan penghubung di Jalan Bagan 29-Jalan Siram di Taman Bagan beliau telah diserbu oleh sekumpulan Pemuda UMNO yang lagaknya seperti samseng.

PANAS!! UMNO Selangor meminta bantuan senjata untuk PRU13..

Tuesday, May 10, 2011


Pada 6 Mei lalu Najib dalam ucapannya di Shah Alam telah menggesa UMNO Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit (bangkit kerana ada pihak yang mengatakan UMNO Selangor masih tidur) bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka. Sepenuhnya sila baca di The Malaysian Insider
Gambar dibawah menunjukkan antara senjata yang kini digunakan UMNO Selangor, iaitu meminta bantuan untuk mendapatkan kelulusan bagi permohonan untuk mendapatkan taraf warganegara Malaysia bagi kawasan Parlimen Hulu Selangor yang tujuannya sudah tentu untuk menambah bilangan pengundi bagi UMNO/BN..

Nak Naikkan harga Gula.. buat cerita pasal Negara Kristian..

Tuesday, May 10, 2011

Nak Naikkan harga Gula.. buat cerita pasal Negara Kristian..

Sebelum itu korang baca ni dulu.. Alasan Standard Kerajaan BN bila menaikkan harga sesuatu barangan.. Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu Mahani Tan Abdullah berkata kenaikan harga gula tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga makanan memandangkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram adalah minimum.

"Kenaikan ini tidak seharusnya membebankan pengguna dan mereka seharusnya melihat dari sudut positif bahawa pengurangan penggunaan gula dapat mencegah dari penyakit seperti kencing manis," katanya kepada pemberita selepas memberi ucap utama di seminar tadbir urus korporat di Kuala Lumpur hari ini. – sepenuhnya di Malaysiakini
Pengumuman kerajaan BN hari ini untuk menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 nyata mendedahkan motif jahat akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia yang sengaja mewujudkan konspirasi kononnya DAP dan para paderi Kristian ingin menubuhkan sebuah Negara Kristian dan melantik Perdana Menteri yang beragama Kristian.

Thursday, May 5, 2011

[Video] Polis Ugut Untuk Campak Peguam Dari Bangunan Seperti Kes SPRM


Peguam Lawyers For Liberty (LFL), Fadiah Nadwa Fikri yang membantah keras penguatkuasaan undang-undang Ordinan Darurat menerima ugutan dari seorang anggota polis ketika menjalankan tugasnya di Ibu Pejabat Polis Derah Gombak semalam.

Ugutan berbunyi "jangan sampai jadi macam SPRM" itu diterima Fadiah ketika mengambil keterangan anak guamnya, Mohamad Arif Abu Samah.

Peguam kepada Fadiah, N. Surendran berkata tindakan anggota polis berkenaan adalah perbuatan melampau yang salah di sisi undang-undang dan boleh didakwa di bawah Seksyen 503 dan Seksyen 506 Kanun keseksaan Imiditasi Jenayah dengan niat menakutkan individu dengan kematian.

Kita memberikan tempoh 24 jam untuk menahan pegawai polis yang terlibat, ugutan ini bukan sahaja kepada individu tetapi terhadap sistem keadilan negara, jika peguam diugut, rakyat akan menderita,” katanya.

Eskay U-Turn Kerana Takut Qazaf, Laknat Bakal Timpa Wartawan & Blogger UMNO

Eskay Tukar Kenyataan Takut Dakwaan Qazaf

Dalang video seks, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengangkat sumpah laknat yang menyalahi hukum syarak, semata-mata kerana khuatir dikenakan tuduhan Qazaf bersabit fitnah video lucah untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kredibiliti Eskay semakin terhakis saban hari melalui kenyataan yang tidak konsisten seraya menimbulkan kesangsian di kalangan umat.

Berdepan dengan kredibilitinya yang semakin rapuh, Eskay menggunakan kitab suci al-Quran sebagai cara untuk menghalalkan fitnahnya itu di mata rakyat.

Wednesday, May 4, 2011

Pulau Pinang tak terima wang dipulangkan

Mei 4, 11 4:03pm
Kongsi 102
Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan menerima wang RM23,700, hasil kutipan daripada warga emas yang enggan menerima wang ihsan itu yang didakwa diperoleh daripada hasil judi.

Aziz Bari: Mufti Perlis naif, jahil sejarah politik

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini membidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berhubung kenyataannya yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

NONEAbdul Aziz beranggapan kenyataan tokoh agama itu sebagai "naif dan menandakan kejahilannya dalam sejarah politik Malaysia" khususnya berhubung kerjasama kedua-dua parti itu pada awal 1970-an sehingga melahirkan BN pada 1974.

"PAS ditendang oleh Umno pada 1977 dan Kelantan dirampas melalui darurat. Kerjasama atau gabungan Umno-PAS merugikan umat Islam.

"Ia melemahkan mekanisme semak dan imbang serta persaingan sihat demi kepentingan orang Melayu dan Islam.

"Melemahkan mekanisme itu, baik dalam parti-parti yang ada yakni Umno, PAS atau PKR akan merugikan umat Islam," katanya.

Abdul Aziz yang juga seorang pengamat politik berkata ketiadaan semak dan imbang menyebabkan pelaksanaan Islam dan kebajikan Melayu terbantut.

Obama tak setuju gambar kematian Osama disiar

Obama tak setuju gambar kematian Osama disiar
Mei 5, 11 9:59am
Kongsi 24
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menentang penyiaran gambar kematian Osama bin Laden ketika wujud kebimbangan bahawa imej yang mengerikan boleh mencetuskan rasa marah, walaupun ia boleh menjadi bukti nyata kematian pemimpin al-Qaeda itu.

K'jaan nafi motosikal lebih 15 tahun wajib diperiksa


Mei 5, 11 11:56am

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri menafikan wujudnya keputusan kerajaan berkaitan peraturan mewajibkan semua motosikal berumur 15 tahun ke atas melalui pemeriksaan oleh Puspakom sebagai syarat bagi pembaharuan lesen kenderaan.

NONEBeliau berkata setakat ini, hanya kenderaan awam dan kenderaan perdagangan sahaja diwajibkan menjalani pemeriksaan kenderaan secara berkala bagi memastikan kenderaan itu sentiasa berkeadaan baik dan selamat digunakan.

"Kerajaan tidak wajibkan pemeriksaan untuk kesemua motosikal berumur 15 tahun ke atas seperti yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak termasuk ahli persatuan pengedar motosikal baru-baru ini," katanya di Kota Kinabalu hari ini.

Abdul Rahim berkata, sebarang keputusan mewujudkan peratuan baru adalah bertujuan baik iaitu meningkatkan tahap keselamatan pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya dan bukan untuk menyusahkan sesiapa.

Dr Juanda jangan gopoh

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 5 Mei: PAS terkejut dengan kenyataan Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis yang mengatakan siapa yang menghalang penyatuan PAS dan Umno adalah pengkhianat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) menasihatkan Sahibussamahah itu jangan terlalu gopoh memberi pandangan mengenai perkara itu.
Perlu diingatkan, katanya sebarang pandangan yang keluar daripada orang agama ia mempunyai implikasi yang besar kepada orang awam.
Beliau berkata, sepatutnya sebagai seorang mufti perlu berpegang kepada disiplin untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, antaranya ialah perlu memahami tasawwur (gambaran sebenar) perkara yang hendak dihukum, barulah ia mendapat natijah yang betul.

Tuesday, May 3, 2011

Video Lucah : Cawangan Khas terlibat?

Tuesday, May 3, 2011


 Nampaknya kini hampir semua jentera Kerajaan telah diperkudakan oleh UMNO untuk menyerang DS Anwar Ibrahim..


PKR hari ini mengutarakan penglibatan Bukit Aman dalam beberapa siri ceramah untuk menyebarkan 'pembohongan' dan 'fitnah' terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelantan, negeri pimpinan PAS.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali mendakwa pegawai polis di peringkat nasional bertindak sebagai "agen politik" untuk Umno.


Menurut Azmin , program itu - berjudul 'Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini' - dilangsungkan di beberapa tempat di di Kelantan yang mensasarkan penyertaan guru dan pengetua sekolah.

Video Lucah : Satu percaturan yang silap oleh UMNO.

Tuesday, May 3, 2011


Kata seorang sahabat yang berada di pihak sana (UMNO) sebagai pemimpin bukan pencacai.. "Video Lucah ini adalah strategi UMNO yang paling bodoh dalam sejarah.."

Aku tanya dia "pasai apa pulak?" jawab dia "Hang tengoklah.. kecuali Shuib yang jadi Pak Turut.. dua ekoq lagi tu siapa tak kenai.. tambah lagi Rahim tu.."

Itu kata pemimpin bukannya pencacai UMNO..

Merungkai permainan kata-kata Najib dan Chua

Analisis Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 2 Mei: Rakyat kini berhadapan dengan satu permainan teka-teki yang dimainkan oleh dua pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN), Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan juga Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Baru-baru ini, Najib yang juga merupakan Perdana Menteri telah menjemput PAS untuk bersama-sama BN kerana parti Islam tersebut tidak mungkin dapat merealisasikan matlamat mereka di dalam Pakatan Rakyat kerana DAP tidak memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” Najib dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Secara tidak langsung dan teoritis, jemputan Najib bermaksud bahawa BN secara dasarnya sudah setuju (maklumlah beliau ialah Presiden BN), dan dapat membantu PAS untuk menjayakan dasar Islamnya di dalam sistem negara.

Jika benar Osama mati, saya doa keampunan untuknya

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 3 Mei: “Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dalam satu kenyataan.
Tambahnya, itulah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.
Menurutnya, sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.
Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.