Dr Dzulkefly Ahmad meramalkan negara bakal berdepan dengan "defisit berkembar"
sekiranya harga minyak mentah dunia terus mencatatkan penurunan
sekaligus menyaksikan kejatuhan berterusan nilai mata wang ringgit,
lapor akhbar Harakah.
Menyifatkan
2015 "tahun sengsara" bagi rakyat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu
berkata, kejatuhan harga minyak mentah dunia menyaksikan Malaysia antara
negara paling terkesan kerana merupakan satu-satunya negara pengeksport
minyak di Asia Tenggara.
Beliau yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS berkata,
krisis itu mengakibatkan impak yang besar terhadap pendapatan hasil
negara, terutama dari konteks penentuan imbangan dagangan dan juga kesan
kepada "akaun semasa" yang ditentukan faktor import dan eksport.
"Ini ia akan menyebabkan lebihan
'akaun semasa' menjadi menipis sehingga berlakunya defisit sekali lagi,
sekaligus tercetuslah fenomena defisit berkembar, yakni fiskal dan
akaun semasa.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tak peduli rakyat tetapi sangat takut kepada agensi penarafan seperti Fitch Rating, Moodys dan Standard and Poor.
"Kalau defisit berkembar
berlaku, berat kesannya kepada negara, daripada segi peesepsi pihak
pelabur dan kos pinjaman di pasaran kewangan dan pasaran bon," katanya
dalam satu wawacara dengan akhbar tersebut.
Beliau menjangkakan buat masa
ini negara bakal kehilangan pendapatan menerusi hasil minyak dan gas
sekurang-kurangnya antara US$25 hingga US$30 bilion (RM104.7 bilion).
Berita Menakutkan Seluruh Rakyat Akhirnya Tersebar
"Ini kerana kejatuhan harga
minyak mentah berkurangan lebih 40% pada harga US$60 setong berbanding
ketika pengumuman Bajet 2015 apabila meramalkan harga minyak dunia pada
paras US$105 setong," katanya dalam wawancara itu.
Dzulkefly berkata, rakyat sudah
tentu yang paling terkesan apabila penurunan mata wang menyaksikan kuasa
membeli mereka berkurangan, tambahan pula dengan gaji yang tidak naik
termasuk pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kelak.
"Dengan gaji tidak naik, rakyat
pastinya ketika itu akan mengalami inflasi yang sangat-sangat parah.
Kita boleh gambarkan seperti ini.
"Penurunan mata wang ringgit ke
paras 10% menjadi barang import akan naik 10% juga. Barang yang dulunya
kita beli RM100 menggunakan dollar sekarang akan menjadi lebih mahal dan
perlu dibayar dengan harga RM110.
"Akhirnya pengimport akan memindahkan kosnya kepada pengguna kerana mereka mahu mengekalkan margin keuntungan mereka," katanya.
Beliau berkata, meskipun negara
berdepan kehilangan hasil minyak, beban itu sedikit sebanyak berkurangan
dengan penghapusan subsidi bahan bakar yang memberikan penjimatan
kepada kerajaan sekitar RM11 bilion hingga RM13 bilion.
"Dengan kata lain, kita masih kekurangan dalam lingkungan RM15 bilion. Bagaimana Najib dan Kabinet mahu atasi?
"Bagi saya yang perlu dilakukan
kerajaan ialah ketelusan dan kebertanggungjawaban kepada rakyat untuk
menerangkan kedudukan sebenarnya.
“Kalau perlu, dibentangkan
kembali dalam satu sidang Parlimen khas bagaimana kerajaan akan
mengatasi ‘defisit hasil’ ini," katanya.
Katanya, penting bagi Putrajaya
bersikap telus dalam menguruskan peruntukan bajet agar perbelanjaaan
berhemah dapat dilakukan tanpa memberi beban yang besar kepada rakyat.
"Setiap kementerian, khasnya
Jabatan Perdana Menteri yang mendapat peruntukan bajet RM19 bilion,
mesti menyatakan bagaimana mereka akan lakukan ‘penjimatan dan
perbelanjaan berhemah’ atau langkah ‘austerity’ dengan tidak pula
menyuruh rakyat 'ikat perut'."
Dzulkefly berkata, rakyat perlu berbelanja bagi menjana ‘permintaan’ isirumah dan memacu pertumbuhan. ~malaysian insider
No comments:
Post a Comment