KUALA LUMPUR: Isu Ketua Pemuda Umno, Khairy
Jamaludin membidas seorang ahli parti itu yang tidak mempunyai jawatan
penting didalam parti itu kerana mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak sedang hangat diperkatakan ramai.
"Saya yang mempunyai perasaan ‘soft spot’ terhadap Ketua Pemuda Umno Malaysia itu terpaksa juga memberikan sedikit komen," tulis Aspan Alias dalam blognya semalam.
Bagi beliau, Khairy sepatutnya merenungi apa yang dikritik oleh orang bawahan itu adalah untuk kepentingan parti itu sendiri.
Menurutnya, Khairy mesti tahu yang beliau tidak berada di atas itu dengan sendirinya kerana beliau bermula dan berakhir.
Baginya, kata-kata Khairy kepada ahli biasa parti yang membawa makna, 'you are of no consequence, you are just ordinary member' terhadap Syed Rosly itu sangat menyedihkan, kerana tidak ramai yang akan menyangka yang Khairy boleh berkata dengan begitu angkuh seperti itu.
"Mungkin semua di antara kita di bawah ini wajar berteriak dan mengakui yang beliau adalah orang hebat. Mungkin Khairy masih lagi sangsi yang masih ramai orang di bawah ini masih ramai yang tidak mengetahui beliau itu orang hebat," tulisnya lagi.
Menurut Aspan, orang bawahan pun tahu Khairy itu orang atasan dan jangan Khairy tidak tahu ini.
"Kalau kita mengetahui diri kita sendiri kita tidak akan menolak kenyataan yang sangat penting ini. Kalau tidak ada yang bawah, masakan ada yang atas," tambahnya.
Justeru, bagi Aspan tidak perlu Khairy bercakap begitu untuk memp
ertahankan Najib itu.
"Kita merasakan yang Najib yakin yang Khairy adalah penyokong kuat beliau walaupun beliau tidak mengkritik Syed Rosly itu," ujarnya.
Justeru, beliau berharap Khairy tidak mengecewakan orang ramai yang menaruh harapan terhadap beliau.
"Pandanglah ke bawah selalu, jangan sentiasa mendongak ke atas, nanti ‘tolando bondul (bendul) dibawah’," tulisnya.
- HARAKAHDAILY 20/12/2014

No comments:
Post a Comment