Mari Berniaga Bersama...

http://www.JIABiz.com/pandak

Saturday, December 20, 2014

Melayu ‘mengemis’ untuk kekal berkuasa, kata Tun Mahathir

 OLEH MUZLIZA MUSTAFA


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun Malaysia berstatus negara maju, bangsa Melayu masih ketinggalan hari ini.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun Malaysia berstatus negara maju, bangsa Melayu masih ketinggalan hari ini.

Perpecahan antara kumpulan Melayu melemahkan kedudukan bangsa itu dalam politik, menyebabkan mereka terpaksa merayu daripada bangsa lain untuk terus kekal berkuasa, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, komuniti Melayu yang membentuk sejumlah 60% daripada keseluruhan populasi di negara ini seharusnya mempunyai kuasa politik untuk memerintah, namun kuasa itu katanya kini semakin lemah.

"Sekarang Umno, PKR, dan PAS terpaksa merayu kepada DAP untuk menang pilihan raya. Apabila kita menjadi pengemis kita tidak lagi ada kuasa," katanya, ketika berucap di Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur, hari ini.

Dr Mahathir turut memberi amaran, walaupun Malaysia mencapai status negara maju, Melayu akan terus ketinggalan dan itulah nasib bangsa tersebut hari ini.

Dr Mahathir sebelum itu dalam ucapannya berkata, sejarah memainkan peranan penting dalam mengenalpasti kelemahan seseorang, dan penting untuk belajar dari sejarah untuk mengelakkan ianya berulang.

"Kita perlu belajar dari sejarah dan mengambil iktibar apa yang berlaku. Kita perlu belajar taktik musuh kerana jika kita tidak berbuat demikian, sejarah akan berulang," kata Dr Mahathir.

Beliau turut mengeluarkan contoh Malaya jatuh kepada tangan British semasa era pemerintahan monarki.

Beliau berkata, Malaysia tidak akan merdeka hari ini tanpa usaha orang Melayu yang membantah pembentukan Malayan Union.

"Kerana kita bersatu, kita mencapai kemerdekaan dan selepas itu kita sedar kita tidak boleh memberi kuasa penuh kepada monarki," katanya.

Kemerdekaan juga katanya menjadikan Malaysia semakin bertambah maju dengan pesat.

Beliau berkata, ketika kerajaan memperkenalkan konsep berkongsi kekayaan dan juga pemberian kerakyatan kepada sejuta penduduk (berlainan bangsa), mengakibatkan kuasa politik Melayu berkurang.

"Kita bermula dengan 80% kemudian kurang kepada 60%. Kita menjadi lemah tetapi masih lagi majoriti, namun perpecahan antara orang Melayu setiap satunya mewakili kurang 50% undi Melayu menjadikan kita lemah dan bila ini berlaku kita tidak lagi mempunyai kuasa majoriti dan kuasa untuk memerintah.

"Kita perlu merayu kepada kaum lain untuk menang pilihan raya," kata Dr Mahathir.

Melayu dan Muslim juga katanya adalah nilai yang akan melindungi ummah.


"Kita hendak jadi tahfiz tetapi tidak kuasai Sains dan Matematik. Ini juga salah satu cara memartabatkan Islam," katanya, dan menambah, Al-Quran bukan setakat dibaca tetapi juga perlu dihayati.

"Janganlah kita mengambil ringan kepentingan ilmu lain," katanya lagi.

Beliau berkata, Melayu juga berpecah kerana mengikut pemimpin mereka yang buta ajaran Islam, sedangkan matlamat mereka sama.

"Kejayaan bukan diukur melalui warna kulit atau lokasi atau cuaca atau hasil bumi, tetapi diukur oleh budaya dan nilai," katanya.


Sekiranya orang Melayu berpegang kepada nilai yang baik mereka akan berjaya.

"Saya pun dimarahi orang Melayu kerana nasihat saya kerana ia menunjukkan sisi gelap mereka, tetapi jika kita tidak mengenalpasti kelemahan dan kita akan terus hidup dalam mimpi," tambahnya lagi. – 20 Disember, 2014.


themalaysianinsider.com/bahasa. 

No comments:

Post a Comment