Mari Berniaga Bersama...

http://www.JIABiz.com/pandak

Saturday, December 20, 2014

Tun M akan setuju, Najib bisu – Marina

 



Datuk Paduka Marina Mahathir yakin bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad akan bersetuju dengan pendapat dan kenyataan 25 tokoh Melayu berhubung masalah yang dihadapi masyarakat Islam dan Melayu di negara ini.

“Saya harap begitu kerana saya melihat di dalam surat tersebut, dan saya rasa tidak ada masalah untuk dia bersetuju,” katanya.

Aktivis sosial itu berkata: “Saya memang mengalu-alukan kumpulan 25 orang tokoh Melayu tersebut menyeru pihak kerajaan supaya bertindak menyelesaikan masalah yang dihadapi sekarang.”

Walaubagaimana pun, Marina memberitahu, setakat ini sudah hampir dua minggu surat terbuka daripada 25 tokoh Melayu ternama yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berjawab.

“Sekarang ni banyak tekanan dan kita perlu semua duduk bersama-sama untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah ini dengan cara yang tenteram dan rasional,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Institut Pengurusan Wanita (WIM), hari ini.

Jelasnya, beliau menghormati kepada kumpulan 25 orang tokoh Melayu itu yang telah memberi harapan kepada rakyat.

“Saya amat tabik kepada mereka kerana mereka telah memberi harapan kepada rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Sebelum ini, 25 tokoh Melayu ternama itu mencuri perhatian umum selepas menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan kepimpinan terhadap suara-suara yang tidak bertoleransi dalam negara. Selain turut, melontarkan kritikan pedas terhadap PERKASA dan ISMA lapor.  Free Malaysia Today

No comments:

Post a Comment